advertising

Saturday, June 30, 2012

411 kanun keseksaan

Tatkala saya menulis blog ini kembali adalah pagi..so good morning dan selamat pagi...  Lama sungguh tidak menulis dalam blog ini kerana tiada keberitaan sebenarnye.  Photo baru pun takde...plus lagi takde org yg baca sgt blog ni.

Hari ni tergerak tuk menulis bile mengenang nasib seorang kawan yg bakal di kenakan penjara antara 6-10 bulan, bergantung kepada keputusan perbicaraan nnti la.  Tapi kesalahannya adalah memiliki barang curi 411 kanun keseksaan.

Saya tak brapa pandai sgt tentang undang2 ni, tapi macam akta 411 kanun keseksaan memiliki barang curi ni (err maafle ye kalau salah wahai para hakim dan para lawyer), seolah-olah amat tidak adil.  Ini adalah kerana jika OKT tidak mengetahui bahawa barang yg dimiliki adalah barang curi macamana? 
Dan OKT pula dipenjarakan selama 6 bulan atau 10 bulan dalam penjara yang dipenuhi oleh org yg sedia "jahat".  Maklumlah, org baik kalau masuk penjara kuar penjara dah jadi orang lain.  Org yg jahat yg masuk penjara samada akan insaf atau akan lagi terer la.

Tetapi saya bukan mempersoalkan akta ini, tp cara hukuman.  HUKUMAN PENJARA utk kesalahan seperti ini harus mengambil kira latar belakang OKT!! KAlau OKT takde pernah buat salah, rasanya dia boleh hanya dihukum melakukan kerja amal, selama 700 jam ke...ape ke..bukan nya masuk penjara!!
Itulah namanya bila HAKIM menjatuhkan hukuman, dia main bantai je...org yg buat undang2 ni pun ,,,ngaji tinggi2 tapi bodo bertingkat2 jugak ni...

Bar Council sepatutnya berbincang ttg perkara sebegini, jangan asyik nak buat demonstrasi dan menjadi dalang tuk perhimpuanan haram saja.  Tetapi saya pun tak berapa paham ape konsep dan tugas Bar Council ni.  Pada pemahaman saya ..ia adalah seperti FELLOWSHIP of The RING je....(LOTR).

Mungkin salah pendapat saya ini, tetapi yang menjadi tunjang persoalan saya adalah satu, kenapa kesalahan pertama mesti MASUK PENJARA!!!  Kalau kes bunuh-bunuh n pukul2 n dera2, n dadah tu lain citer la....kes yg selain dari itu, haaaaa...itulah yg saya mushkilkan.

Bayangkan, anda seorang yg berkerjaya, mempunyai kehidupan yg baik, tidak pernah melakukan kesalahan jenayah, tp satu hari ternaik moto kawan, yang kebetulannya dia pinjam dari kawan nya yang beli dari satu kawan yang jual moto tu......naya wooo....ade pikir ka wahai para pemikir dan pelaksana undang2?
Ini adalah amat tidak adil..!!

Adalah sudi kiranya saudara semua, jangan asyik nak penjara n tangkap "ikan Bilis" je...ikan bilis bukannya besar sgt pun salahnye..Apakata kalau pinda undang2 tu, pesalah atau OKT diarah melakukan kerja sosial yg bukan soSIAL....

Atleast jimat le duit kerajaan dari dok belanja bg makan free org lam penjara, yg belum tentu insafnya.  MAk n nenek saya pernah berkata, kalau ORG BAIK DOK NGAN ORG JAHAT (RAMAI), DIA ITU AKAN JADI JAHAT!!  Tapi kalau orang jahat dok ngan oRAng BAik...akan jadi baik le  die....

SO tolonglah..tukarlah hukuman dan pindalah hukum undang2 yang anda buat tu ye wahai badan berkanun ke, badan Undang2 ke, Badan Kehakiman ke...atau Badan Body builder ke...ape jenis badan la yg berkaitan tu..yg berkaitan ngan undang2 tu....PIKIOR la SIKIT!!

Saturday, January 7, 2012

New YEar

comeY tak Saye?
Well, skrg dah masuk tahun baru, lama sungguh tak update blog ni, bersawang dah nampaknya....biasalah sibuk yarabbi nowadays.  New Year resolution..?  Rasanya yang tahun 2011 pun belum di setelkan lagi, so kite carry forward je lah yang tahun lepas punye.
Mengikut Kalendar Mayan, patutnya tahun ini akan kiamat, sebab kalendar dieorang semua stop pada kiraan 2012 ni la, jadi kepada mereka yang percaya tentang ramalan merapu ni boleh lah terus mempercayainya...tetapi bagi mereka yang tak percaya, life goes on, kiamat kecik kan banyak ..sedar ngan tak sedar je..

Apa Pun yang dapat dikatakan ialah semoga kita berjaya mengharungi liku-liku 2012 ni...dari sudut ekonomi, kewangan, dasar kerajaan, pilihan raya, sekatan-sekatan tanpa sedar, Kerenah ahli Politik pun makin dasat jugak tahun ni....Gang ANwar Brahim aka Bang Non kita pun tgh sibuk nak buat kacau kat mahkamah 9/01/12 ni...perHimpunan katanya.  Asyik nak berhimpun je dieorang ni yek..takde keje lain ke ape...dulu time sekolah aku rasa dieorang ni semua anak murid kesayangan guru besar kot...Dok bahagian depan je time berhimpun...selalu tak miss perhimpunan, tapi bagi saya yang tak suka Politik bangang ni, latarbelakang persekolahan kalau diukur dari sudut perhimpunan, saya adalah mereka yang berada di bahagian belakang sekali, dan itu kire nasib baik...sebab selalunya kene dok kat gate masuk sekolah, sebab datang lambat kene tahan je.....
Tapi perjuangan Anwar Ibrahim ni lantak dia lah nak buat apa pun, kalau ambil tahu sakit hati nanti, pertikaian antara mereka yang bernafsu besar dalam memegang tampuk pemerintahan negara...hmmm yang penting...nanti golongAn pertama yang masuk Neraka JAhannam adalah mereka ni lah...!! Tepuk buntut...tanyalah Saiful ..hahahahhahahaha

Tuesday, October 25, 2011

FAM cekik darah...Peniaga also Cekik darah

Final Piala Malaysia bakal berlangsung pada Sabtu 29hb October 2011 ini di Stadium Shah Alam Selangor. Apa pun arena bolasepak tempatan dikejutkan dengan tindakan FAM sebagai penganjur yang menaikkan harga tiket utk semua tempat duduk kepada RM 50 berbanding RM 30 utk tempat duduk biasa, dan RM 50 utk tempat duduk Grand Stand. Selain dari itu terdengar pula pengusaha bas dari Trenggganu yg menaikkan kadar tambang sekali ganda kepada penyokong pasukan Terengganu yang berhasrat menyewa bas untuk ke Stadium Shah Alam demi menyokong pasukan mereka.  Apapun kepada penyokong tegar mereka tetap ingin menyokong dan hadir ke stadium pada hari tersebut walaupun harga sekeliling sudah mencecah kadar lintah darat!!
Manakala Kerajaan Terengganu telah sudi untuk memberi subsidi kepada rakyat negeri dengan subsidi 50% utk setiap tiket.  Satu langkah yang bijak tetapi apakah rasionalnya memberi subsidi sebanyak itu kepada satu perlawanan sedangkan subsidi tersebut dapat digunakan oleh anak yatim dan golongan miskin yang memerlukan di Terengganu itu sendiri.  Makan dalam bijak itu pun ada jugak bangangnya. Biasalah orang sekolah tinggi sampai Gunung Everest pun adakalanya bangangnya jugak mencecah kepada paras ketinggian Gunung Everest itu sendiri.!!
Manakala FAM dengan selamba pulak mempertahankan kenaikan harga tiket tersebut, dan adalah diketahui umum bahawa kedua pengurusan pasukan yang bertanding pun turut setuju dengan kadar kenaikan tersebut.  Antara alasan yang diberikan hasil jualan tiket tersebut adalah untuk kos menyelanggara serta keuntungan akan dibahagikan samarata antara kedua pasukan tersebut.  Malah alasan paling tak masuk akal sekali ialah siakap penontotn yang membeli tiket biasa tapi akan berganjak ke tempat grandstand bila perlawanan berlangsung.
Kesemua perkara diatas menunjukkan bahawa keadaan persekitaran yang menekan dan faktor keuntungan segera mendorong semua mereka yang berniaga utk mengaut keuntungan.  Inilah masanya bagi mereka untuk mengaut keuntungan berpuluh kali ganda disaat org tengah kemaruk.  Mungkin juga sedikit unsur politik kerana pilihanraya kan dah hampir.
Yang menjadi kerisauannya ialah sikap sebegini tidak mendatang keuntungan kepada LIga Malaysia sendiri dari sudut jangka panjang kerana ia akan mematikan minat peminat untuk hadir kestadium dimasa akan datang kerana adalah wajar menyimpan wang RM 50 tersebut untuk perbelanjaan isi rumah mereka berbanding membelanjakan jumlah tersebut kepada perbelanjaan isi rumah FAM yang nyata telah gagal dalam penganjuran mereka.  FAM sendiri nampaknya lebih memnting wang dari segalanya...apa pun usaha memboikot jugak tidak akan berhasil kerana semua maklum, rakyat MAlaysia komen dan mengeluh sahaja..tetapi pergi tetap pergi...BIASALAH...MAlaYSIANNNNNG

Wednesday, September 28, 2011

Cadangan perSaraan ke 60 tahun dari 55 tahun tuk sektor swasta

Baru2 ini kerajaan dan kementerian berkaitan telah mencadangkan agar umur persaraan bagi pekerja disektor swasta dinaikkan kepada umur 60 tahun berbanding umur 55 tahun sebelum ini.  Cadangan ini belum dibentangkan dan masih dalam peringkat perbincangan dan bakal diketahui bila time pembentangan budget 2012 nanti.
Pelbagai komen telah diterima baik negatif mau pun positif, tetapi apa pun ia masih diperingkat cadangan.  Kesannya ada pro dan contranya kerana ini jugak bakal memberi kesan kepada golongan belia yang masih menganggur dikala ini.  Ini adalah kerana jawatan yang ada adalah sedikit, ditambah pula dengan had persaraan yang lama, golongan belia berijazah yang masih mentah pengalaman akan sukar mendapat pekerjaan.  Apa pun sesuatu boleh dilakukan dengan meletakkan lepasan universiti untuk menjadi pembantu untuk sesatu jawatan yang masih dipegang oleh golongan veteran( andai kata had persaraan dinaikkan).  Ataupun golongan veteran yang berumur 55 tahun harus mengambil ujian prestasi atau kebolehan dalam pekerjaan untuk mengukur samada mampu terus bekerja dalam bidangnya atau tidak.  Andainya Pekerja veteran ini sudah tidak mampu..makanya harus diberikan pilihan untuk bekerja pada kadar masa yang minima atau melepaskan jawatan kepada golongan muda.
Memang tidak dinafikan golongan pesara yang berumur 55 tahun amat sukar dalam menghadapi kehidupan setelah bersara kerana kekangan ekonomi semasa, tetapi peluang pekerjaan lain harus diberikan dan diwujudkan.  Andai kata golongan pesara swasta ini diserapkan dalam sektor kerajaan seperti sektor perkhidmatan yang lemah, maka ini akan secara tidak langsung memberi kebaikan pada sektor perkhidmatan. 
Apa pun pihak kerajaan dan kementerian berkenaan ada hak dalam menentukan kerana mereka lebih bijak pandai dalam urusan pentadbiran negara.  Jangan pula nanti bila dah terjadi masalah, mereka ini melepaskan diri dengan berkata .."kami mengikut ISO..dan mengikut arahan pihak atasan" ..sekian.

Tuesday, September 27, 2011

Bank oooo Bank

Hari ni menerima panggilan dari sebuah bank tempatan, berkenaan PAyment credit card, diminta untuk menjelaskan bayaran sebanyak rm 340 sebelum 30hb September ini.  Setelah menjelaskan bahawa gaji hanya diterima pada 7hb setiap bulan, beliau masih insist tuk saya membayar pada tarikh tersebut.

Tidak cukup dengan itu , beliau juga turut mengirim sms sebanyak 3 kali dari jam 8 mlm hingga 11 mlm.  Kali ini sms tersebut berkata akan mengambil tindakan guaman dan menyenarai hitam nama saya.  Effisyen la mamat ni..bersungguh2 tuk saya membayar dah memperingati saya.  Tapi saya juga bersungguh menyatakan hanya akan membayar pada 7hb, sebelum dari itu saya nak bayar ngan apa...bulu2 kat badan kalau selai harga singgit, dah lama dah saya mencabutnya..tapi apa kan daya bulu yg tumbuh hanya bulu biasa bukannya emas, atau berlian mahupun minyak kelapa sawit.

Kengkadang saya merasa hairan dengan tindakan pihak bank yg mengenakan caj yang bukan, caj tuk lewat sekarang dengarnya rm 20 hinggit sehari..ntah betul entah tidak..saya kurang pasti kerana amat tidak ambil tahu pasal perbankan ni.  Tetapi pihak bank, semua pihak bank haru s tahu kerana tidak semua majikan membayar gaji pekerja pada setiap 1 hb, ada yang 7 hb...malahan pernah saya menerima gaji pada 15 haribulan.  Dari sudut ini pihak bank harus bersikap toleransi...bukannya dah macam ah Long dah..cuma bezanya ah long mendera fizikal dan mental, bank hanya mendera mental dan ugut mengugut.
Kalau ikut hai nak jugak marah tapi pekerja bank hanya bertindak mengikut arahan dari pihak atasan, yg kebanyakkanya tidak pedulu asalkan duit masuk.

Tentang soal nak saman tu..saman je la..dah pasrah..sikit2 nak saman, nak issuekan kepada peguam, kalau dimasukkan kepenjara sekali pun kalau gaji dah 7hb, takkan sempat nak bayar 30hb...ape la bangang sangat manusia yg bekerja ngan bank ni...bukan semuanya bangang,,,sikit je bangangnye..campur ngan saya bertambah bangang le..
gambar ini takde kene mengene pun

Tetapi kalau tak bayar pun salah jugak...tapi yg paling bagus bank kat malaysia ni ialah Bank Rakyat..memang ada tolak ansur..bank lain setakat ni takd ela pulak..hatta Bank Islam sekalipun...sebab bank Islam nama je Islam...cara dan sistem tak islam jugak pun.

Apehal pun kalau anda mengalami perkara yg sama, terjerat dengan janji manis bank tatkala merayu kita mengambil insurance atau pinjaman mahupun offer kredit kad,,,sila fikir sampai botak kerana,...mereka ini hanya janji manis dibibir...lama2 tunjuk le perangai sebenar dieorang tu..sekian..

Tuesday, September 13, 2011

Malaysia Secara Teknikalnya tidak pernah dijajah?

Amat terkejut sekali apabila membaca suratkhabar hari ini..apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menyatakan bahawa Malaya (Malaysia) secara teknikalnye tidak pernah dijajah.  
Makanya saya terpaksa membaca berulang kali..untuk paham akan isi text berkenan.  Menjadi persoalannya kenapa baru sekarang nak bagitahu..itupun setelah Mat Sabu menimbulkan isu komunis dan Peristiwa Bukit Kepong.  Memang amat kecoh...sana sini sedih, yang tergurisnya lain..yang kecik hatinye lain..yang mengambil kesempatan tuk glamer pun ada.  Tu baru Mat Sabu punye penangan..ni terbaru TUn Mahathir pulak yang membuat kenyataan yg membuat kan saya terkesima dengan ayat2 beliau.
Saya amat terganggu otak apabila memikirkan satu ketika dahulu terpaksa study sejarah dari form 1 sampai la form 5 mengenai penjajahan British, Perjanjian Pangkor la....Penjajahan Portugisnye...Perjanjian itu dan ini...Rundingan Baling, Negeri-negeri Selat..dan Peristiwa J.W.W Birch...dan tambah pulak cerita dari atuk-atuk dan Nenek-nenek yg melalui zaman tersebut...akhirnya pada tahun 2012...diberitahu pulak kita secara teknikalnya tidak pernah dijajah oleh British. 
So sila rungkai masalah saya disini...

1. Habis tu yang TunKu Abdul Rahman Putera Al Haj pi tuntut kemerdekaan tu buat apa..?  Dia pi mintak kemerdekaan dengan British....so if kita tidak pernah dijajah..buat apa nak mintak merdeka...sbb kita kan dah sedia merdeka

2. Yang Tok Janggut, Tok Gajah, M. Daud Kilau..eh Mat Kilau dok lawan British tu wat apa..? Adakah kerana kepentingan peribadi?

3. Selama 54 tahun kita menyambut Merdeka...secara teknikalnya hari Kemerdekaan sudah tidak relevan lagi...yang relevan adalah hari pembentukan Malaysia 16 September 1969

4.Merdeka pada tahun depan leh sambut ke lagi...rugilah..takde public holiday

5. Siapa yang akan membuat kembali text buku sejarah tingkatan 1 sampai 5?

Kalau dikutkan mmg banyak persoalan didalam kepala saya..tetapi yg bangang dok bg kenyataan bab teknik2 ni apesal...ingat senang ke nak delete memori pasal study dulu.  Penat tau study tuk dapat result cemerlang..kalau lah tahu jadi camni adalah lebih baik subjek sejarah tanah melayu tak payah belajar..baik belajar sejarah Islam ke..sejarah Papua New Guinea ke...

Tidak..saya tidak mengatakan bahawa Tun Mahathir tu bangang...jangan salah faham..kang Tak pasal2 saya kene saman...jangan wat memain...saya takde duit...!!  Tapi amat mengecewakan setelah 30 tahun,menjalani alam persekolahan serta Universiti dan menghafal fakta2 sejarah..tetiba ada pulak kata fakta sejarah tersebut kena rombak..jalan ceritanya jugak telah dikatakan fiksyen.

Adalah lebih baik jika sebelum membuat kenyataan para pengkaji sejarah tanah melayu..dapat duduk bersama dan menyediakn buku mengenai sejarah tanah melayu yg terbaru sebelum mebuat kenyataan seperti itu, kerana implikasinya seperti sekarang..saya menjadi keliru..bukan saja saya..malah mereka yang pernah mendapat A dalam subjek sejarah..yang dicap .."ooo terer ko ye bab sejarah Malaya.?" merasa amat bangang sekali.  Saya sesungguhnya merasa amat bangang sekali ni...bukan sekali ni rasa...bangang banyak kali dah ni..ke memang saya dah bangang sejak azali...oHHHHHH tidakkkkk!!

Sunday, September 11, 2011

Generation of kid during hari raya

1975 pic of me

Baby cherry dah besar

Anak sedara yg rongak

Baby cherry dah eksen

mengunyah



Selepas pengiraan duit raya masing2

Thursday, September 8, 2011

Caj 6% tuk setiap Top Up - Tidak masuk akal

Salam Hari raya untUk semua....
Hari ni terdengar bahawa TelCo akan mengenakan caj 6% untuk setiap top up dan pek permulaan Pra Bayar...Ini adalah isu terkini, lepas ni akan ada kenyataan2 yang menyakitkan hati seperti "BerbANDING dengan negara lain..."
Bermakna para pengguna terpaksa membayar sebanyak 60 sen tuk setiap top up mereka termasuk ngan aku skali le kene bayar 60 sen...dasat sungguh golongan kapitalis ni. Semua nak charge..semua nak untung senang..
Mana peginye Kempen..rakyat Di dahulukan ni..adakah hanya mereka yg bekerja disektor kerajaan sahaja yg mengamalkannya...sepatutnya kerajaan boleh menyekat terus TeLCo dari terus beroperasi kalau nak untung melampau macam ni.  APe gunanya kuasa Kerajaan sebab kerajaan yg bg lesen kat dieorang tuk berniaga.  Baik kerajaan ambil alih je..takpun suruh dieorang berambus dan berniaga ditempat lain.  Senang Cerita..MAXIS Celcom pun boleh diarah tutup kalau asyik mengaut keuntungan berlebihan atau adakah ini hanya satu taktik menguntungkan kerajaan yg mana tax yg dikenakan akan diberi 90% kepada keuntungan  dan kerajaan mendapat manafaat darinya.
Sudahlah harga minyak naik, harga keperluan pun naik..barang runcit naik..semua naik..adakah kita perlu berhenti seketika, ambil nafas, dan merenung kebelakang dan menilai apa sudah jadi kat Malaysia ni.?
Adakah perlu kita berhenti untuk membangunkan negara ini..dan menjadi statik untuk seketika,..
Kengkadang aku terpikir semasa memandu dilebuhraya...what IF..kita ada lebuhraya, tetapi kereta dan motosikal takda...sebaliknya kita guna Kuda dan Unta untuk Travel...mau berterabur taik2 binatang kat kat jalan...dan situasi ini kita biarkan selama 10 tahun..tgk apa akan jadi pada tauke minyak...Dan Apa kata jika...JIka Seluruh rakyat Malaysia Golongan MArhein, golongan pertengahan pendapatannya..tidak menggunakan Handphone selama Sebulan..atau setahun..rasanya Ini mampu menekan pemilik syarikat TElco di MAlaysia ni...
KAlaupun ini terjadi...kita akan berpatah balik 13tahun kebelakang dimana...Public Phone menjadi tempat golongan remaja bercinta bertenggek..beratur panjang tuk tepon di Public Phone..dan aktiviti menyekat duit syiling kat Public Phone akan kembali aktif..secara tak langsung kegiatan meragut juga akan tiada..kerana Public Phone yg disekat dengan straw atau btg aiskrim, mampu menjana pendapatan lumayan kepada penagih dadah dan mat rempit yang menganggur..!!
Apa Pun...negara kita negara demokrasi...dimana semua boleh membuat pilihan..boleh membuat kenyataan dan menyatakan sokongan tanpa sekatan..tetapi dalam keadaaan terkawal..maka betullah dialog filem Tiga Abdul dahulu...DEMOKRASI TERPIMPIN...!!! Dan kita sememang sedang dipimpin untuk tidak berbuat apa2, sebab kita rakyat MAlaysia amat patuh kepada PEmimpin...walaupun ada yg 2-3 kerat yg kuat membangkang!!
Tapi saranan yang paling sesuai dalam menangani situasi ini ialah dengan memulaukan Handphone dan tidak menggunakanya selama 1 bulan..kita lihat apa yg bakal terjadi...tp yg confirmnya pasti akan susah sedikit...tetapi AtleAst..We Make A stand...to make them Understand...!!

Friday, August 26, 2011

cerita sedih di tv sepanjang pose dan hari raya....

Well, tajuk tu pun dah cerita apa yang hendak aku sampaikan jap ni....rangkaian media prima, NTV7, TV9, TV3, semuanya cerita pasal ramadhan yg sedih...dari minggu pertama sampai la akhir minggu puasa, cerrrrrrrrrrriiiiiiiiiiiiita sedih je!!
Terdapat suara2 yg dok komen lam facebook, yg menyatakan tentang situasi yg semakin truk sekarang ni, dulu penuh cerita seram, sekarang cerita sedih..sampai iklan raya pun da tak macam dulu...cuma cerita Gang Mengaji terbitan astro yg mengeletek sikit..iklan raya semenjak arwah Yasmin Ahmad meninggal, seolah2 dunia periklanan kehilangan sentuhan kelakar dan menceriakan...
Adakah tiada lagi mereka yg kreatif dan kelakar..dalam bidang pengarahan iklan dan telemovie.  Rasanya Afdlin Shauki should take over..atau Han Isaac..atau Harith Iskandar, sebab mereka ini kreatif dan selalunye ideanya kelakar.
Tetapi yang hairannya, adakah survey dilakukan untuk melihat atau mengetahui kehendak consumer atau penonton.  Rasanya gerenti ramai yg suka iklan petronas 2-3 tahun lepas, kisah anak cari daging lembu tu....tp yg ada sekarang kesedihan...adakah kita nak relatekan hari raya dan ramadhan dengan benda yg menyedihkan..dah la ramai yg tak pose...cube buat cerita org tak pose kene tangkap masa pose...lari lintang pukang, atau tak pose beli nasik letak lam raga moto pastu eksiden depan sekolah convent sungai petani, n jatuh terkangkang sambil nasik berterabur kat muka...
Kalau takde idea..meh sinila jumpe aku..aku byk idea..upah le sikit..bg 2-3 ribu ka...baru la leh cover gaji bulan ni yg tak masuk lagi...hihihihihi.

Apa Pun selamat hari raya...MaaF Zahir Batin...sila layan iklan di bawah klasik wooo

http://youtu.be/ns5zDpOJa-c



Iklan Raya Petronas 2003

Wednesday, August 17, 2011

Majlis Media For Economic Corridor East Region (ECER)

"Your Function, I yg kene entertain media ke..!?" ujar Lenny dengan nada manja hahahha

Tuk perhatian anda ni le Presiden Kari Kambing..tgh ushar kambing panggang

Mengajak Lenny join cari memilih daging kambing

Mulut tuan Presiden terherot tu sbb kenan kambing

Majlis berbuka puasa di Orchid Ball room Thistle JB

Makan Sambil menikmati panaroma

ni aku tak tau..Padil Suruh Snap aku main amik je

Majlis berbuka Puasa yg Penuh

X presiden KK mencuba durian

En Razak serta Cik PAdil


Ni layan gambus sambil makan ni

Majlis ni aku attend pasal nak layan si Padil ni ha...last2 jadi cameraman bidan terjun...hahahhaha pepun dah makan free so aku layan je la tambahan pulak jumpa member satu kelas Advert Dulu...PAdil n Lenny, plus terjumpa plak batch wartawan yg hampir ingat2 lupa...

Balik Kampung - Sudirman

Tuesday, August 16, 2011

Sambut raya dengan perasaan persaudaraan

Raya Aidilfitri dah makin dekat...2 lap lagi dah nak raya.  Tadi member baru telefon, beritahu yg gaji tak leh kuar awal...cuma company dapat bg pinjam je...
Well..aku dah agak, dah berapa kali dah jadi camni..dah biasa sangat.  Sesuatu yg amat mencabar sentiasa berlaku semasa raya..mostly gaji tak masuk la...
Dan paling sedih sekali bile berhari raya dengan duit ade 50 hinggit...Gaju keluar hari raya ke3..company ape? Tak yah sebut la..aku kan dah kawtim ngan company tu tahun lepas maaaa...!!  Nanti dia punye tak puas hati lak aku dok ngata lagi...
Tapi tahun ni, gaji pun takde..tak die kasi pinjam, ape konsep pinjam ni pun aku tak tau le....konsep macam pengemis le kut..!! Ahh LAntak le..janji aku cuti lama..bile cuti lama2...aku kureng bergerak..bile kureng bergerak minyak tak kai sangat hahahhahaha

SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT BERPUASA SEMUA

Wednesday, August 3, 2011

PICtures Along the wAy From Ulu Tiram to Desaru...ikut highway baru

view taken from my car while driving

Take a rest a while because almost terbabas

driving slowly


on the bridge road was clear

early morning kot sebb tu kureng kenderaan




angle at the beam

enjoying the morning skylight

Ni La tol ...menandakan sudah sampai ke Desaru...RM 8.20 ye

Actually macam nak stop tp tak leh kerana ANda Dilarang Memberhentikan Kenderaan Semasa Diatas Jambatan

Sunday, July 31, 2011

Lebuhraya Senai Desaru yg baru dan Mahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

New bridge Senai Desaru Highway Scenery

Different view while on Senai Desaru Bridge highway
Kalau nak cepat dari JB or Singapore...atau anda dari Lebuh raya Utara Selatan,  bolehlah guna lebuhraya senai desaru...kalau anda dari PLUS, anda follow signboard je..tak payah la saya nak explain, while driving bukak mata dan tgk signboard.  Semuanya lengkap ....ada tempat rehat, stesen minyak, dan scenery yg cantik apabila melalui jambatan penghubung merentas lautan, sambil menyaksikan kapal2 kecil dan besar berlabuh dan tongkang tongkang...
TETAPI akan TETAPI siapkan wang anda kerana harga tOl nya amatlah mengkagumkan.....yakni mahai...amat mahai jika anda dari JB dan menuju ke Desaru....menggunakan highway ni..Harganya RM 8.20 utk pergi sahaja, pergi balik..sile darab dua sendiri ye..malaih nak kire tuk korang...
Menurut sumber bayaran tol yg mencanak ni adalah disebabkan tuk membiayai kos pembikinan jambatan (gambar diatas)..tak taule..malas nak komen lagi pasal isu memperbodohkan golongan marhain ni.  Lagi pun sok start Posa, jadi lilek le sikit dari nak mengata dan mengurang rasa amarah...
APA pun Selamat Memandu, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya in advance...err boleh tuju lagu!!?

Saturday, July 30, 2011

Suhardi Mat Isa yg dikatakan mati hidup Kembali

He said " I lost control because of u babeh..!"
Sekitar Upacara Bersih 2.0 ari tu, ada terdapat pelbagai isu yg timbul antaranya kekerasan melampau pihak Polis, dan salah satu yg kecoh ialah menyebabkan kematian seorang peserta iaitu Allahyarham Badarudin yg sesak nafas dan sakit jantung.
Tapi paling kecohnye bile ada org yg tetiba jadi pelakon cemerlang Suhardi Mat Isa, yg jugak gatai nak berlakon mati...dengan muka yg itam dan cengkung, dia dikatakan...bukan saya kata..orang kata..adalah menyamar sebagai Allahyarham Badarudin.....malah gambar beliau yg macam orang mati keras ini disaksikan ramai pembaca blog.
Dan tetiba semalam, beliau telah muncul dengan memberi kenyataan bahawa beliau tidak bersembunyi dan tidak melarikan diri seperti didakwa oleh media arus perdana. Malahan memberi kenyataan bahawa beliau hanya peserta yg terpaksa memimpin kerana pemimpin pembangkang pada ari itu telah pun ditahan...
Malah beliau menyatakan tindakan beliau mengepalai rombongan tersebut adalah untuk memastikan keselamatan R Sivarasa dan Datuk Ngeh Koh Ham......Malah beliau jugak dengan selambanya mengatakan bahawa beliau hilang akal akibat terkena gas pemedih mata polis pada hari itu...

Ha..part ni yg best ni..aku nak kutuk dah ni hahhahahahhaha....mengikut sumber, beliau ini Suhardi Mat Isa ini adalah ex arqam...anak die 10 woooo!!! OMG....!!! Namun kehandalan beliau dalam memperbanyakkan rakyat kat Malaysia dicacatkan dengan kebangangan nya yg berlakon seperti manusia sedang putus nyawa adalah tindakan yg amat amat amat tak leh tahan...ade sikit macam Mr Os pun ade rupe die ni...

Dan Paling tak tahan...die leh sound die terkena gas pemedih mata dan ilang akai truihhhh selama 7 hari...amboihhh..!! Dasyatttttttttttttttt!! Leh ilang akkai ka kalau kene gas pemedeh mata....ka dia ni memang dah ilang akkai dari mula lagi?  Belom pernah lam sejarah Gas pemedih mata terkena orang leh ilang akai...dulu ade le ilang bijik mata..tp akai budak tu stended lagi...cume kureng hensem le sikit..!!

Melihat dari appearance luarannya SUhardi ni..nampak macam ada yg tak betui la...sinDrom kegilaan nya nampak ada...alhamdulillah la dia khusyuk semasa menunaikan solat dan berdoa, sehinggakan tak mendengar arahan pulis tuk bersurai....tp golongan ini kan golongan dimaafkan oleh Allah...so kita maafkan saja la..
jgn dok layan sangat orang gila....bg dia singgit, rokok sebatang dia pi la main jauh2....

Tuesday, July 19, 2011

PICturEs Along THe Way FrOm MIri To BruneI

At first glance of insect in Miri  PArk

On the way to Miri at Limbang....it was my lucky when I saw this bee humming between flowers along the road

Same Picture as the first but in real colour

Along the Limbang Road..make a stop enjoying the view

just playing the bubbles....

it was a colourful day...

5 minutes to touch down In Miri from The Air Asia Plane

Kaya N Toast...the best in Malaysia ..I think..hop into Miri...you will know for sure

Smells so Gooooooooood

This is rice porridge ordered at Mangrove Resort

I just like this picture...it keeps repeating hahahha

flowersssssssss

common flower near the bushes in Miri

The Cheapest Airfare in the market

Big Signs of they do warranty u when u board on their planes

Dee Spa Mangrove resort...while in Brunei..u may stay here

the complete view
When we Are CLoSE to NatuRe ...tHE nATURE wILL cLOSE TO yOU....hoPEFUllY THESE VIEWS ANd NAtuRe WIlL rEMaiN tHE samE In THe nExT 20 yEARS..............