advertising
Wednesday, November 11, 2009
HAMPEH
(hanya gambar Hiasan)
Semalam pada 10hb November, perut terasa lapar la plak...maklumlah sekarangkan musim hujan, so turun le ke restoran berhampiran. Di larkin Perdana terdapat pelbagai restoran makanan yang menyediakan pelbagai juadah yang menarik dari western food hinggalah ke masakan melayu.
Tetapi malam semalam terasa nak makan nasik putih, telur dadar ngan sup daging.
Cari punya cari ternampak restoran yang boleh dikatakan macam meriah je...so gi duduk and orderlah kita...
Servisnya boleh tahan sebab dalam 10 minit dah dapat dah semua. So ape lagi melantak le kita...dipendekkan citer bile time nak bayar...terkojut den bila part ni. Harga semua 10 hinggit...mak aih!! Mahaal tuuuu!! Tu baru aku sorang, belum aku ajak bini aku ngan anak lagi...nasib baik bini dok kat Brunei, anak lak gi ngaji Quran!!!
Terasa macam kene sembelih je!!! Maklumlah Raya Haji dah nak dekat...tetapi adakah harga yang dikenakan berpatutan. Nak kata ambiance die bagus, taklah jugak, sebab meja kat luar tepi jalan...nak kata ade aircond, angin bayu adelah, tu pun ade bau benda kurang menyenangkan!! Boleh lah disini dinyatakan bahawa operator restoran ni terlebih charge, atau memang die jenis algojo...dalam senyum dia tekan harga...kalau dulu harga semangkuk sup mungkin 3.50 dan nasik putih 50sen. Harga telur dadar lam 70 sen, baru RM 4.70.
Terasa hampeh sungguh...sungguh-sungguh hampeh....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment