advertising
Friday, November 20, 2009
Rasuah Malaysia?
Rasuah atau bribery dalam bahasa Inggerisnya adalah merupakan satu masalah atau merupakan budaya terlindung rakyat Malaysia. Sikap merasuah atau memberi sogokan telah menjadi amalan sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, malah mungkin lebih terdahulu dari zaman tersebut.
Sebagai contoh, apabila seorang saudagar ingin berdagang di Melaka pada zaman itu, mereka ini akan membawa segala hadiah yang mewah kepada Sultan yang memerintah, dan meminta perkenan Sultan.
Begitu juga pada zaman sekarang, cuma situasinya adalah berbeza, tetapi perbuatannya tetap sama. Pelbagai kempen kesedaran telah dilancarkan mengenai rasuah, digambarkan bahawa perbuatan ini jijik, kotor, hina...dan target audiencenya pula adalah golongan para adik-adik atau murid-murid...dan golongan biasa yang berpendapatan rendah.
Tetapi pada pendapat saya, rasuah sebenarnya bukan bermula dari bawah...tapi dari atas merebak kebawah....Ini adalah nilai rasuah yang berbillion ringgit dan puluhan ribu adalah mereka yang memegang jawatan tinggi. Malahan kes berprofil tinggi kebanyakkannya adalah dari mereka yang berjawatan tinggi. Ini adalah lumrah di Malaysia, sudut sisi gelap yang sentiasa mereka yang tertentu ingin rahsiakan. Dalam politik, berlaku atau melakukan rasuah, akan disebut sebagai belanja...atau duit kopi...dan perkara rasuah dan perbuatan ini adalah dilakukan oleh mereka yang berpolitik...malahan kemungkinan besar ahli politik di Malaysia secara amnya pernah melakukan perkara ini.
Malahan tidak terkecuali sektor yang berisiko dalam menjalankan aktiviti rasuah seperti Polis, Pegawai Imigresen, dan pasukan beruniform yang lain..tetapi rasuah mereka hanya mungkin bernilai 10 ringgit, tu pun nak cari duit belanja awek atau bohsia tepi jalan sahaja.
Oleh itu...KEMPEN TERSEBUT, HARUS DITUJUKAN KEPADA MEREKA YANG BERJAWATAN MENTERI, POLIS, IMIGRESEN, DAN PASUKAN BERUNIFORM!!! BUKANNYA PADA KAMI GOLONGAN YANG BIASA-BIASA DAN SUAM-SUAM KUKU INI!! BUATLAH SESUATU YANG MEMANG MENUNJUKKAN AKIBAT DARI PERBUATAN TERSEBUT KEPADA GOLONGAN YANG KAYA RAYA. MEREKA INI LAH YANG MENGGALAKKAN RASUAH...UBAHLAH TARGET AUDIENCE ANDA WAHAI PARA PENGARAH IKLAN KEMPEN...ATAU ANDA JUGA TERLIBAT DALAM RASUAH?!!!
Halamak....!! tak dapek den nak nolong!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment