advertising

Wednesday, December 9, 2009

FAM Sengal

Sekejap nak suruh Skuad Harimau Muda beraksi dalam Liga Super, alih-alih tak jadi plak. Dari dulu hingga sekarang masih tidak konsisten. Itu baru satu isu, belum lagi isu gaji pemain dengan persatuan bola sepak.
PAFA, Persatuan Bolasepak Negeri Perak contohnya, masih lagi gagal melunaskan gaji pemain musim lepas, tetapi dibenarkan beraksi dalam kancah Liga Super tahun depan oleh FAM. Dikatakan mereka telah berjaya melunaskan hutang mereka. Nampaknya ada sesuatu permainan politik dan penipuan disini. Sampai bila-bila bolasepak Malaysia takkan laku dimata penonton tempatan.
Masalah disini hanya dua. Satu, persatuan bolasepak diuruskan oleh org dalam politik, habis semua dipolitiknya, kerana dalam politik mereka ini terdiri dari golongan kedua yang masuk neraka, sebab asyik membohong sahaja, janji itu ini tapi satu pun tak buat.
Kedua persatuan bolasepak diurus bukan atas dasar perniagaan, dimana lebih kepada persatuan kompang. Hanya mengharapkan peruntukan dana dan belas ihsan orang lain untuk bersaing. Tiada usaha untuk mengubah struktur persatuan bolasepak itu sendiri, sepatutnya perstaun bolasepak patut dibubarkan dan pasukan negeri diswastakan dengan pengurusan diuruskan oleh mereka yang pakar dalam perniagaan, banyak boleh dilakukan tetapi apabila diuruskan oleh meraka yang mengharapkan peruntukan dari kerajaan sampai bila pun takkan berjaya.
Oleh itu saya berasakan bahawa sudah tiba masa pemain semua bersara, dan menjadi pemain bolasepak part time, dengan bermain bola sepak selepas waktu kerja, dan masa mereka lebih baik digunakan mencari rezeki tetap.
Dan hentikan liga Super, hanya buat Piala Malaysia sahaja, balik kepada era zaman 70an dahulu, kerana masalah gaji takkan timbul, penyelewengan wang takkan timbul, pemain tidak dapat gaji tidak timbul. Kalau pemain jadi pro, bermainlah dalam liga bawahan diluar negara, lagi bagus.
Disini kepada pemain muda, diharapkan mereka ini mengambil iktibar dengan bermain dengan pasukan profesional luar negara yang lebih baik, seperti Jepun atau Korea. Tak payah main dalam liga Malaysia, buang masa!!!

No comments:

Post a Comment