Hari ini apabila membaca Metro..ada laporan mengenai penulis blog yang menghina Institusi Raja dan Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar. Rasanya penulis blog ini samada bodoh, atau berlagak bagus. Harus diingat Sultan Johor yakni Almarhum Sultan Iskandar tetap seorang melayu, dan berstatus pemimpin. Penghinaan seumpama ini sememangnya wajar dikenakan tindakan.
Lupakanlah cerita dulu-dulu yang pernah kita dengar tentang Almarhum, kerana ia hanya cerita..tiada bukti sahih, apapun kita sebagai orang melayu harus hormat, kerana tegaknya melayu bukan kerana warna kulit, darah..tetapi lambang Kesultanan itu sendiri. Tetapi kalau Sultan Johor yang baru ingat nak bg pelempang kat penulis blog itu..adalah amat dialu-alukan.
Seperkara lagi..hari ini sudah ramai yang memakai songkok lilit kain putih, dan memakai tudung putih berbanding hari sebelumnya. Satu peringatan disini...sekiranya orang Melayu tidak hormat Sultan sendiri...bagaimana bangsa lain nak hormat Sultan kita...bg saya walaupun saya bukan anak Johor...tetapi bg saya Sultan tetap mempunyai daulat...kerana Sultan adalah lambang kemelayuan...kite pikir le sendiri ye....
No comments:
Post a Comment