advertising

Monday, March 1, 2010

Dayus dari sudut Kenegaraan



Tika dan saat ini...saya sedang menonton rancangan Soal Jawab terbitan TV3, mengenai Internet bersama Datuk Seri Rais Yatim...tiba-tiba tertarik dengan kenyataan beliau mengenai tindakan keatas pengguna Internet yg menyalahgunakan Internet dengan menggunakan kaedah perundangan....
Salah satu dari kenyataannya ialah Dayus dari sudut kenegaraan..saya tertarik dengan kenyataan beliau mengenai Dayus Dari Sudut kenegaraan....Bukankah tergadainya Pulau Batu Putih di Johor kepada Singapore adalah semasa beliau menjadi Menteri Luar..dan bukankah beliau yang berkata "ini adalah situasi menag-menang"...
Tapi dari sudut kedayusan...kenegaraan kita bukan sudah tercemar ke apabila Pulau tersebut telah jatuh ketangan Singapura, kerana kita gagal mengemukakan bukti yang kukuh?  Dan siapakah yang mengetuai Barisan yang mempertahan kedaulatan negara untuk mempertahankan Pulau Batu Puteh dan kedaulatan Johor dan Malaysia...Adakah mereka ini wajar digelar DAYUS!!!
Tapi yang pasti ART of WAR from Tsu Ze pernah berkata..Tiada istilah menang-menang dalam peperangan..sebaliknya lawan membuatkan kita berasa kita menang, sebaliknya kita menanggung kekalahan tanpa kita sedari...
Datuk Rais Yatim memang handal bercakap..dan aku suka cara die bercakap...tp pandai bercakap pun kita kalah dan Pulau kita tergadai...
Dan kali ni beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang sedikit kontroversi...mengenai perkahwinan campur, Facebook..twitter dan dalam rancangan malam ni SOAL JAWAB memberi peluang untuk beliau memperjelaskan apa yang beliau perkatakan....
Nada tulisan aku kali ini tidak terlalu ganas sangat...sebab maklumlah aku pun nak cari makan..kang kalau kutuk lebih2 kang tak pasal2 kene saman..cume kita ada akal..kita ada lidah..kita ada tangan..kita ada jari..so kite fikir le sendiri....

No comments:

Post a Comment