Sebenarnya ada banyak reason aku tak suka tgk boss aku..tapi mostly kerana sikap PERHAMBAAN yang diamalkan didalam ofis.
Our company ada 3 boss..General Manager, Executive Director and Project Director...among these three stooges, the General Manager yang I hate the most, the reason is simple..he is not a gentleman. Aku dah bekerja hampir 4 tahun disini, dan handling project yang aku tahu bernilai berpuluh juta ringgit, tetapi bila hujung tahun bonus dapat hanya setengah bulan gaji. The worst thing is he like to promise something that he never kept.
Aku ni bekerja berdasarkan kontrak..dan aku punya kontrak hanya berdurasi selama setahun, akan tetapi aku hanya sign kontrak pada awal permulaan tahun aku kerja 4 tahun yang dahulu. Sampai sekarang takda renew kontrak..atau sign new contract. Dulu masa berbincang untuk renew my clause of contract, dia bersetuju dengan kenaikan gaji dan kontrak signing will be later...However until now harammmmmm!! Gaji tak naik..kontrak tak kasi!! Dalam situasi begini bermakna jika terjadi apa-apa atau pihak pengurusan saja nak mendajalkan aku, die boleh terminate aku dalam keadaan terpinga-pinga.
Boss yang kedua pulak suka menghambakan orang, yang dia tau semua urgent dan memaki semua orang terutama sekali aku..sampai aku pernah sound member opis, kalau aku takdak lagi kat opis ni, confirm die maki kerusi yang aku duduk, sebab setiap hari sarapan pagi aku adalah kata-kata herdikan, dan mangsa kemarahan. Orang lain buat salah...aku jugak yang kena marah. Orang lain yang kentut busuk, aku jugak yang kena marah. Ni semua aku tak kisah jika gaji yang dibayar adalah berbaloi. Dapat 8000 sebulan, ko makilah ape ko nak maki sekali pun.
Satu lagi pasal isu multitasking, suruh kita multitask, tapi bila mendapat keuntungan 1.6 billion baru2 ni takde reward kepada kami. Aku hairan la dengan keadaan ni, orang yang suka menindas orang lain, menipu orang lain, mempunyai rezeki yang begitu besar.
Yang terakhir tu, Project Director, semua benda dia kata dia betul, sampai dia cakap komputer tu tak betul, dia yang betul, sebab dia suruh buat design, tapi autocad takleh calculate die punye ratio, macamlah dia terror sangat. Pelajaran dia SPM, hanya baca Paper Bahasa Cina, even masa pergi kursus IBS menguatkan lagi bahawa Project Director aku ni, memang bangang..!! Penceramah bagi explanation tentang satu subjek yang amat senang, even bebudak tadika pun boleh paham, dia boleh cakap dia tak paham, and the interesting part is, kursus tu start kul 8 pg, dia bagitau dia tak paham pukul 5.30, tu pun terkantoi bile die buat presentation yang salah. Macammana seorang Project Director boleh buat kesalahan dalam satu subjek mengenai Planning and Coordination sedangkan dia bekerja dalam line palnning and coordination.?
Dan menjadi kemusykilan pula ialah mereka ini mendapat project besar, antara project yang mereka ambil ialah Kompleks Kastam dan Imigresen Johor Bahru, Kementerian Dalam Negeri Pejabat dan perumahan, Senai Aeromall, dan pelbagai lagi project besar. Mungkin rezeki mereka, kalaulah aku mendapat peluang sebegitu, aku rasa aku akan menjadi lebih baik dari mereka, tetapi orang yang baik, yang punya skill, kemahiran pengurusan, tidak akan mendapat peluang, kerana golongan mereka yang tidak punya etika yang selalu memegang tali rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH S.W.T.
Cuma aku berdoa satu hari nanti aku mendapat peluang yang dimana mereka ini akan memandang tinggi dan memanggil aku tuan pula, dan bukan sebaliknya...aminnnnnn
No comments:
Post a Comment