advertising

Sunday, March 21, 2010

Play Smart be Smart

Kenapakah permainan Bolasepak Malaysia, mutunya menurun..?  Adakah kerana pengenalan kepada Liga Profesional pada tahun 1989 atau kerana kurang persediaan kearah profesional atau kelemahan pentadbiran FAM atau terlalu banyak cawangan Persatuan Bolasepak naungan FAM iaitu FA negeri..
Kita dapat melihat kejatuhan bolasepak Malaysia menurun ketika Allahyarham Mokhtar Dahari bersara dan barisan pemain yang bermain bersama beliau turut mengakhiri karier masing-masing kerana faktor usia.  Selain dari itu kejatuhan paling ketara ialah pada zaman 1990an bila mana ramai pemain digantung dari bermain kerana gejala rasuah.
Mengikut pendapat pemain-pemain lama, dan mereka yang pernah bermain bolasepak, era 90an adalah era yang gelap apabila barisan pemain yang digantung permainan mereka adalah mereka yang merupakan generasi pemain yang terbaik dan kelas pertama, setelah ketiadaan mereka, pemain yang menggantikan mereka adalah mereka yang tidak berkualiti.
Tetapi pada pendapat saya, ini hanya punca-punca yang kecil yang mana hanya menyumbang sedikit kepada kemunduran bolasepak Malaysia, akan tetapi punca utama adalah penyediaan persatuan kepada arah profesionalisme.  Ini terbukti kegagalan persatuan bolasepak negeri yang gagal menguruskan kewangan mereka dengan baik.  Pengurusan adalah berbentuk adhoc atau satu jawatankuasa yang dilantik hasil undian, dan persatuan juga tidak mampu berdiri sendiri dengan menjalan pengurusan yg lebih berbentuk perniagaan seperti di liga Eropah.
Sehingga kini kita masih gagal mengwujudkan pasaran untuk pemain yang dianggap sebagai aset yang berharga yang boleh dijual beli.  Sehingga kini pemain kita masih diikat kontrak yang hanya bernilai 120000 setahun, dan tidak akan disambung jika mereka mengalami kecederaan atau gagal meningkatkan prestasi.  sistem yang dipakai oleh Persatuan adalah sistem PAKAI buang.  Ini lah kegagalan terbesar, dan persatuan diuruskan oleh mereka yang bangang serta bahlol.
Saya melihat kegagalan Persatuan dalam kegagalan mengumpul sumber dana dengan penjualan jersi pemain, kasut, serta aksesori atau penjenamaan pasukan itu sendiri.  Semua mengharapkan FAM dalam menyumbang geran kepada mereka untuk mentadbir.  Jika dilihat di England sendiri, jersi pasukan mereka dijual secara ekslusif hanya di kedai bertahtakan nama persatuan dan tidak boleh dijual oleh orang lain.  Benda seperti inilah yang gagal dilakukan oleh persatuan bolasepak negeri di Malaysia.
Seandainya gagal dalam usaha sebegini bagaimana kita hendak maju....pengurusan profesional akan mendapat pemain professional, SEKARANG PENTADBIRAN CAM SIAL, DAPAT PLAYER CAM SIAL LA GAK...!! Ramai pemain yang handal pada zaman persekolahan mereka tidak mahu meneruskan karier dalam bidang ini kerana lebih kepada seperti pekerja kontrak di kawasan pembinaan.  Untuk pengetahuan anda pemain yang handal hanya akan didapati di UNiversiti kerana kelompok mereka yang cemerlang dalam bolasepak atau sukan 99% adalah mereka yang juga cemerlang dalam akademik...kalau tak percaya anda boleh lihat sendiri apabila Pasukan Negeri Professional menentang pasukan dari Liga Universiti...pasukan yang digelar PROFESIONAL INI masih gagal menguasai perlawanan...inilah bezanya kualiti yang kita ada....KESIAN BETUL BOLASEPAK MALAYSIA....

No comments:

Post a Comment