advertising

Thursday, April 8, 2010

Pejabat Buruh Johor Lembap

Hari ini, pada 8hb April 2010, masalah kami sebagai pekerja di HB Glass & Aluminum masih lagi ditakuk lama.  Walaupun sudah banyak kali aduan diutarakan ke Pejabat Buruh JB, masih lagi masalah yang sama membelenggu yakni kelewatan penerimaan gaji.  Saya rasa aduan patut di Selatankan je lah..pasal kalau diutarakan asyik takde respon. 
Ini adalah kali 4 aduan dilakukan, melalui panggilan telefon, dan tiada aksi mahupun tindakan yang dijalankan oleh pihak Pejabat Buruh ini.  Malahan terlintas dihati kami bahawa mungkin orang yang bertindak atas aduan kami ini menerima rasuah dari pihak majikan kami, yang nampaknya sengaja melambatkan bayaran gaji atau culas dalam pembayaran. 
Pejabat Buruh Johor Bahru samada perlu diberi anjakan paradigma yang baru atau..anjakan tujahan dikepala yang baru kepada mereka yang bekerja dengan agensi kerajaan seperti ini.  Ini adalah kerana mereka ini seperti tidak ambil tahu langsung keatas aduan yang kami lakukan..takkan nak suruh Cik Karam Singh Walia melaporkan...dalam TV3.  Nanti baru nak terhegeh-hegeh makcik2 dan pakcik2 dalam tu buat kerja.  Ketua Pengarah buat apa? Gentel perut ke..!!?
Kalau tidak mempunyai fungsi lebih baik ditutup sahaja Pejabat Buruh Di JB ni, terima aduan lembap, bertindak keatas aduan lembap.
Lepas ni mesti kalau dia orang terbaca blog ni, akan menghentam..bukan hentam pejabat buruh tau..diaorang mesti hentam aku punya..konon aku menulis perkara yang tak benar..Lantak la...!!Berani kerana benar takut kerana salah!!

No comments:

Post a Comment