advertising

Thursday, April 15, 2010

Senibong Cove-Iskandar

Senibong Cove telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman pada 14hb April 2010, yang setakat aku baca dalam Harian Metro lah...Aku baca 14hb so aku tulis pun 14 hb, mungkin MB dah lancarkan pada 13hb April 2010, itu kurang pasti.
Tapi yang aku pasti projek ini dikatakan menarik perhatian warga Singapura untuk memiliki kawasan perumahan di kawasan ini.  Ini secara tidak langsung telah meningkatkan harga pasaran, walaupun sebenarnya Senibong ni jauh sangat...aku last pergi masa aku mula kahwin dulu..sana ada ikan bakar...orang kata sedap..aku kata?   "Hmmm!?"
So paham-paham sendiri la ye...lidah manusia ni sama je pink tapi rasa lain-lain.  Korang jangan pi merasa yang lain pulak...aku cakap merasa makanan...kalau gi merasa lidah orang...aku galakkan rasa lidah isteri sendiri la ye..jangan gi kat bohsia pulak..!!
Berbalik kepada Senibong Cove, adalah dipercayai bahaya ramai warga Singapura yang mahu membeli rumah dikawasan tersebut.  Tidak diketahui sejauhmana kebenarannya, tetapi aku ada sikit ralat la pasal Singaporean nak beli rumah kat situ.  Straight to the point je la ye...aku takut nanti Senibong Cove tergadai macam peristiwa Pulau Batu Putih tu..berputih biji mata rakyat Johor!!  Mula-mula duduk..pastu demand kemerdekaan atau claim bahawa tanah tu hak milik rakyat Singapura.  Dah banyak kali dah kerajaan diaorang buat hal camni..aku cuma takut pisang berbuah dua kali..kali ni kat akar plak tumbuh pisang tu...tak ke ajaib?
Aku tak berapa paham sangat undang-undang di Malaysia ni mengenai hak pemilikan tanah...adakah boleh warga negara asing seperti Singaporean membeli tanah disini dan menetap disini, sedang negara dia kita boleh lihat bukannya jauh pun.  Apa yang akan terjadi kepada rakyat tempatan..tak kira Melayu, India, Cina disini yakni Johor.  Boleh dikatakan terlalu banyak rumah berskala harga setengah juta telah dibina kebelakangan ini.  Paling rendah sekarang di JB sahaja adalah RM231000-300000, adakah mereka yang berkemampuan sederhana dapat menikmati segala kemudahan yang bakal disediakan oleh Iskandar Development program. 
Tidakkah nanti Johor bakal menyaksikan terjadinya Langkawi kedua, iaitu tuan punya tanah pula bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bangunan yang dibina diatas tanah peninggalan nenek moyangnya.?
Aku cuma risau, takut nanti disebabkan kerakusan kita dalam mengaut keuntungan, kita terlepas pulak hak kita sebagai rakyat Malaysia..yang perlu didahulukan.  Memang Singapura berjiran dengan kita, tapi kita harus ingat kita punya National Security jugak. 
Aku tak kisah kalau setakat datang menyewa, tapi bukan membeli,,,,,tanah Malaysia hanya untuk orang Malaysia...kalau nak beli,...bayar ikut harga Singapura..tapi tripple kan!! atau Quad kan...atau tak payah beli...sewa je cukup!  Aku setuju bab sewa ni..Orang Malaysia ni leh tahan tamaknya..Melayu, Cina dan India kalau bab duit...huihhhhhhh!! Sama je perangai,...ada je trick nak mengaut untung lebih!!  Maklumlah...1Malaysia!!!
Tetapi ape-ape pun..kalau dah undang-undang kata boleh...MB kata boleh....PM kata boleh....Pemerintah kata boleh...takkan aku nak kata tak boleh...tapi dalam hati....tak boleh! Tak boleh! Tak boleeeeh!  Gila ape korang nak melawan kerajaan..kedalam aku nanti!!  ISA tu...kena tahan tu...Bukan ISA Samad tu...Bagan Pinang punya wakil rakyat..dia dah tak leh tahan...sebab tu dia kawin lagi...Tahniah Datuk..!! dah lama dia menduda..gersang kan..awwww!! ahahahahahahhahahahahahah!  Ini ISA ialah  Internal Security ACT...atau aku dituduh menghasut...xnak aku...tapi kata tetap kata..bukannya aku kumpul orang suruh piket ka...perhimpunan awam ka...tu takdak..aku suka speak what inside my mind in a controlled manner...tetapi kalau ada yang tersinggung..apa lagi nak kata selain     "I'M Sorrrrrrrryyyyyyyy!!!" (gaya Amir Raja Lawak)

No comments:

Post a Comment