advertising
Saturday, April 3, 2010
Site at SENAI AEROMALL
Tak lama lagi Johor akan dapat Aeromall di Senai Airport. Project ni dijangka siap pada pertengahan tahun ni. Tadi dapat pergi melihat situasi dan keadaan di site sebab ada tugasan yang perlu disiapkan. Kawasan persekitaran..biasalah..nama pun kawasan pembinaan, mestilah agak kotor dan berterabur sedikit. Berbanding di Singapura yang mana kawasan pembinaan lebih eco friendly. Kalau di Malaysia, kawasan pembinaan mesti panas gila babi..sebab bila buat construction habis semua pokok die cabut,,salah satu penyumbang global warming di Malaysia. Kalau di Singapura (setakat yang aku pergi) kawasan pembinaan hijau dan kurang panas macam masuk dusun pun ada...Kalau di Brunei...takde pulak aku nampak mega project, setakat buat rumah sebijik-sebijik, dan Istana grand..so pembinaannya agak slow, tetapi bagus kerana tidak ada pencemaran. Harap-harap Brunei kekal sebegitu buat selama-lamanya..sebab eco tourism yang tengah dipromosi oleh kerajaan Brunei perlu suasana sebegini. Malaysia dah tak boleh...Macam caca merba sikit...Buat 4 x 4 challenge rainforest ari tu pun, kurang kurang ada pokok kene langgar, semut-semut patah kaki...serangga kene langgar, nasib baik takde binatang besar kene langgar..mau semua binatang lam hutan buat UNION nanti.!! Takpun binatang ni semua buat protes ...takpun Gajah datang mengamuk, tempeleng muka driver 4x4 ni..mau koma trus..tetapi apehal pun, setiap lantai ada bunyiknya..lantai kayu tak semuanya rata...jadi kita hanya dapat melihat dan berhati-hati dalam kehidupan ini..ada yang perlu kekal, ada yang perlu perubahan, dan ada yang rasanya tak perlu berubah langsung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment