advertising

Thursday, May 6, 2010

Hairan and ajaib

Terbaca suratkhabar hari semalam, perihal warga asing bertempur di area stadium Bukit Jalil, siap dengan parang kayu dan segala macam senjata.  Yang menghairankan tiada pulak mereka yang terang-terang bergaduh, menimbulkan bahaya ni ditembak di kepala hatta di kepala lutut.  Dan yang ajaibnya macamana budak umur 15thn yang disyaki melakukan kesalahan..ditembak!? Ajaib sungguh Polis ni...
Nak kata pihak Polis bukan-bukan tak boleh, sebab biasalah dalam setandan pisang takkan semuanya elok kan..kan..!? Mesti ada yang busuk dan berulat....Tetapi sepatutnya warga asing yang membuat kecoh tu patut ditembak je..barulah kita puas hati sikit ...takkan berani tembak budak umur 15thn je...Tetapi apahal pun siasatan telah dijalankan, moga Polis yang bangang tu dihadapkan ke muka pengadilan ataupun Tuan Hakim pulak bagi keputusan yang tak masuk akal...yaitu menyuruh Polis yang bersalah itu ditendang dibahagian klengkangnya dengan sekuat hati oleh keseluruhan ahli keluarga mangsa...atau ludahan berkahak dari semua saudara mara mangsa selama 44 hari, atau menuang lilin panas ke kepala otak yang tertuduh sehingga cukup 365 hari atau menyuruh keluarga mangsa menjadikan polis tersebut sebagai hamba abdi seumur hidup atau dihantar kepulauan jauh ditengah lautan dengan dibekalkan peluru dan lastik...
Ini adalah lebih baik dari menghukum penjara kerana kami pembayar cukai yang dok biaya perbelanjaan mangkuk-mangkuk hayun ni....buang masa tul...

No comments:

Post a Comment