Hari ini terdengar perkara terbest pernah aku dengar...boss gi Bali..holiday.!! Boss ni ialah boss ke 3 dalam hierarki di syarikat aku bekerja. Boss ini juga digelar sebagai project director. Apakah pekerjaan Project Director?
Haaa kerja nya ialah mencari kesalahan orang lain, mengesyaki bahawa pekerjanya sedang mengular, mengendap pekerja lain, komplen pasal barang stock, dan komplen pasal semua perkara, dan akan melarikan diri pabila berlaku sesuatu berlaku dikawasan tapak pembinaan, menjadikan orang sebagai kambing hitam diatas project yang dia handle, menyibuk hal project orang lain.
Apakah sumbangan beliau kepada syarikat....dia hanya komplen sahaja, tiada projek yang dibawa masuk....Tetapi apabila becuti dia bantai budget company ke Bali, bulan lepas dia ke China juga bercuti....tahun lepas pergi bercuti di kepulauan Maldives, at the end of our EA form ..akan terdapat travel expenses berjumlah....rm 400...on every worker's EA form...untuk tujuan mengelakkan cukai.
Yang kerja teruknya kami, yang pergi bercuti tempat best si boss yang tak pernah wat kerja. Nak tau apa kami dapat sebagai pekerja yang berjaya mendapatkan dan menyiapkan project bernilai berjuta-juta?
SEBUAH PERCUTIAN BERAMAI-RAMAI KE KUKUP, PONTIAN JOHOR...PEKERJA FOC. PASANGAN DIKENAKAN BAYARAN RM 50, DIIKUTI ANAK2 RM 5O SETIAP SEORANG...
Percutian ke KUKUP? Ape yang ada kat KUKUP tu? pastu kene bayar plak tu kalau bawak pasangan..lebih baik jangan kasi...bukanlah nak kata aku tak bersyukur...tp reasonable le...!! Boss yang tak buat kerja pergi ke Bali, kami yang kena maki sehari 4-5 kali dapat ke KUKUP je? Baik bawak kita orang makan kat Danga Bay je....
Aduiyai...!! Apelah nasib......
No comments:
Post a Comment