advertising

Thursday, May 20, 2010

Krisis di Kelantan

Pengawal diraja kena tembak ari tu sudah pun dijemput Ilahi...Krisis pertikaian Diraja Kelantan pun masih belum selesai..kemelut dan berselut dan berlumpur dah jadinya.  Bila la nak selesai...
Nak kata lebih2 nnti orang tuduh menghina raja ngan Sultan pulak...rentetan peristiwa bermula dari pelbagai sudut dan keadaan sehingga menjadi krisis besar yang susah nak diselesaikan.  Macam susah nak diselesaikan..sebab politik dalaman itu sendiri.
Itulah sebabnya aku cakap politik yang diamalkan didunia ini adalah amat jahat.  Disebabkan permainan politik sesebuah negara boleh porak peranda, sebuah opis boleh bertebangan kertas kerusi dan meja.  Sampai bila la nak selesai...aku pun dah tak paham apa punca kemelut kesultanan Kelantan, lagipun aku tengok Sultan Kelantan la yang paling low profile including negeri Kelantan itu sendiri.
Yang akan jadi kecoh sikit ialah bila Pasukan Bolasepak Kelantan beraksi, ganas beb penyokong dia..bakar apa yang senang dibakar..bergaduh jangan cerita la..dan Kecoh kadang2 bila ada pilihanraya...tp selalu kalau Pilihanraya bising ngan kecohnya tuhan saja yang tahu....apakah istimewanya Kelantan?
Awek die cun tu aku tau....tempat die menarik aku tau...bahasa dia kah yang memberi keistimewaan untuk menarik perhatian..atau kerana nilai berita krisis pentadbiran yang melibatkan Sultan di Kelantan....
Kekadang kita patut membiarkan apa yang berlaku di Kelantan kekal di Kelantan.  Tidak perlu kita menghebohkan seluruh Malaysia, sampai confuse orang ramai. ...aku pun tak tau apa nak cakap pasal isu ini..tetapi kita fikir la sendiri, wajarkah politik menjadi intipati dalam pentadbiran?

No comments:

Post a Comment