advertising

Friday, May 21, 2010

Why or Kenapa aku complaining?

Kenapa harus aku complaining about work.  Actually it is not about work, it is about the management and responsibilities.  Ehh..! Apesal aku nak kena cakap omputih lak ni...
Kenapakah aku suka komplen dan mengeluh pasal kerja dan boss aku.  Sebabnya ialah kerana ini adalah cara untuk mengurang rasa stress di tempat kerja.  Salah satu langkah menangani stress ialah dengan meluahkan perkara yang anda stress itu.  Kalau ada simpan sahaja, tidak bercakap mengenainya, maka anda seperti menunggu masa untuk meletup je....
Ramai kengkawan aku yang kata aku suka komplen dalam blog..komplen lam facebook, tak baik...Ape yang tak baiknya jika kita kutuk perkara yang benar.  Ade ke anda semua merasa begini...

1. Anda bekerja selama 8 thn, dan gaji anda hanya naik RM 100 dalam tempoh tersebut
2. Anda bekerja selama 8 tahun dan cuti tahunan anda hanya 12 hari, tidak bertambah dan tidak berkurang
3.Anda berhak mendapat cuti sakit selama 14 hari, tetapi bila anda sakit anda kena bekerja dan gaji anda ditolak.
4. Anda mempunyai cuti tahunan 12 hari dan anda tidak dibenarkan mengambil cuti tersebut, dan jika anda tidak bercuti sepanjang tahun, cuti anda itu tidak akan dibayar oleh company anda bekerja..
5. Anda tidak pernah MC dan jika sakit datang jugak kerja, tp syarikat langsung tidak menghargai anda.
6. Anda bekerja bertungkus lumus untuk menaikkan nama syarikat tetapi bila hari bonus anda hanya dapat 0.4 peratus dari gaji anda sebagai bonus.
7. Anda ingin pulang kekampung halaman yang terletak 360 km dari tempat bekerja anda tapi tidak berdaya kerana cuti anda yang ada 12 hari itu tidak diluluskan untuk digunakan.
8.Anda dimarahi setiap hari dengan kata kesat, dan anda masih lagi dapat tersenyum dan menyiapkan tugasan dalam masa yg ditetapkan.
9. Anda tiada masa untuk anak2 anda kerana anda tidak boleh bercuti sedangkan anda tahu bahawa perhatian anda adalah amat diperlukan semasa pembesaran anak anda.
10. Selama 8 tahun bekerja anda dikehendaki berkursus pada hari ahad, dan kehadiran anda tersebut tidak dibayar gaji...atau elaun.  Dan Kursus anda itu selama 3 bulan.  Kursus setiap hujung minggu selama 3 bulan.
Dimanakah masa anda bersama anak dan isteri anda....

Ha ....tu baru 10 aku kasi..ade banyak lagi tu, situasi diatas tu adalah benar2 terjadi, tiada sebarang penipuan...so apakah yang anda akan lakukan jika ini terjadi pada anda...Cabut!?  Kalau anda cabut anda pengecut....jadi...aku berani jamin kalau korang tak resign dalam tempoh 3 bulan mesti korang resign lepas rehat tengahari je..dah ramai orang dah resign kat tempat aku tu..semua freshies.  Masuk kul 8, kul 12.30 dah hilang, yang paling dashyat...kul 8 masuk..kul 10 cakap ngan aku, "Encik...Mak saya tepon suruh balik...sebab adik eksiden.." terus balik ..n terus tak datang...aku tak tau le sape yang eksiden pulak sebab die tak datang trus tu..kot die pulak yang eksiden....

Orang bertanya kenapa aku masih boleh bertahan selama 8 thn disitu...caranya ialah menangani stress dengan cara menulis, mengutuk...dan meluahkan perasaan...orang kata tak baik..berdosa?  Adakah korang berasa korang berani menyahut cabaran aku..MEh le kerje sini....meh le..hahahhahahahahaha

No comments:

Post a Comment