advertising

Thursday, September 8, 2011

Caj 6% tuk setiap Top Up - Tidak masuk akal

Salam Hari raya untUk semua....
Hari ni terdengar bahawa TelCo akan mengenakan caj 6% untuk setiap top up dan pek permulaan Pra Bayar...Ini adalah isu terkini, lepas ni akan ada kenyataan2 yang menyakitkan hati seperti "BerbANDING dengan negara lain..."
Bermakna para pengguna terpaksa membayar sebanyak 60 sen tuk setiap top up mereka termasuk ngan aku skali le kene bayar 60 sen...dasat sungguh golongan kapitalis ni. Semua nak charge..semua nak untung senang..
Mana peginye Kempen..rakyat Di dahulukan ni..adakah hanya mereka yg bekerja disektor kerajaan sahaja yg mengamalkannya...sepatutnya kerajaan boleh menyekat terus TeLCo dari terus beroperasi kalau nak untung melampau macam ni.  APe gunanya kuasa Kerajaan sebab kerajaan yg bg lesen kat dieorang tuk berniaga.  Baik kerajaan ambil alih je..takpun suruh dieorang berambus dan berniaga ditempat lain.  Senang Cerita..MAXIS Celcom pun boleh diarah tutup kalau asyik mengaut keuntungan berlebihan atau adakah ini hanya satu taktik menguntungkan kerajaan yg mana tax yg dikenakan akan diberi 90% kepada keuntungan  dan kerajaan mendapat manafaat darinya.
Sudahlah harga minyak naik, harga keperluan pun naik..barang runcit naik..semua naik..adakah kita perlu berhenti seketika, ambil nafas, dan merenung kebelakang dan menilai apa sudah jadi kat Malaysia ni.?
Adakah perlu kita berhenti untuk membangunkan negara ini..dan menjadi statik untuk seketika,..
Kengkadang aku terpikir semasa memandu dilebuhraya...what IF..kita ada lebuhraya, tetapi kereta dan motosikal takda...sebaliknya kita guna Kuda dan Unta untuk Travel...mau berterabur taik2 binatang kat kat jalan...dan situasi ini kita biarkan selama 10 tahun..tgk apa akan jadi pada tauke minyak...Dan Apa kata jika...JIka Seluruh rakyat Malaysia Golongan MArhein, golongan pertengahan pendapatannya..tidak menggunakan Handphone selama Sebulan..atau setahun..rasanya Ini mampu menekan pemilik syarikat TElco di MAlaysia ni...
KAlaupun ini terjadi...kita akan berpatah balik 13tahun kebelakang dimana...Public Phone menjadi tempat golongan remaja bercinta bertenggek..beratur panjang tuk tepon di Public Phone..dan aktiviti menyekat duit syiling kat Public Phone akan kembali aktif..secara tak langsung kegiatan meragut juga akan tiada..kerana Public Phone yg disekat dengan straw atau btg aiskrim, mampu menjana pendapatan lumayan kepada penagih dadah dan mat rempit yang menganggur..!!
Apa Pun...negara kita negara demokrasi...dimana semua boleh membuat pilihan..boleh membuat kenyataan dan menyatakan sokongan tanpa sekatan..tetapi dalam keadaaan terkawal..maka betullah dialog filem Tiga Abdul dahulu...DEMOKRASI TERPIMPIN...!!! Dan kita sememang sedang dipimpin untuk tidak berbuat apa2, sebab kita rakyat MAlaysia amat patuh kepada PEmimpin...walaupun ada yg 2-3 kerat yg kuat membangkang!!
Tapi saranan yang paling sesuai dalam menangani situasi ini ialah dengan memulaukan Handphone dan tidak menggunakanya selama 1 bulan..kita lihat apa yg bakal terjadi...tp yg confirmnya pasti akan susah sedikit...tetapi AtleAst..We Make A stand...to make them Understand...!!