advertising

Tuesday, August 10, 2010

Ibadah Berpuasa and Blackberry

Pada Hari ini bermula ibadah berpuasa dikalangan umat Islam diseluruh Malaysia.  Manakala di Brunei pula ibadah berpuasa dijadual pada hari Khamis yakni lewat sehari dari kita.  Biasalah setiap negara tak sama tarikh berpuasa, tapi tetiba time raya bleh lak sesame ye!?  
Hari ini juga adalah hari cuti umum sempena menyambut bulan puasa, tapi aku macam biasalah kena bekerja, begitu juga ratusan ribuan masyarakat pekerja yang tertindas dalam Malaysia. Kepada yang bernasib baik tu bersyukur le ngan cuti-cuti anda.
DiMalaysia menjelang puasa bermacam2 cerita keluar.  Kisah buang bayi tengah hangat sekarang ni...awal tahun dulu kisah orang tua kena buang, tgh tahun plak bayi plak kene buang....lepas ni apa plak kena buang tak tau la plak..buang masa plak kot ....
Semalam kerajaan sedang berkira-kira atau sedang meneliti penggunaan telefon Blackberry yang telah diharamkan penggunaanya di beberapa buah negara.  Ini adalah kerana maklumat tanpa sempadan yg mana membolehkan maklumat dihantar tanpa dapat dipantau.  Negara Arab mengatakan bahawa keselamatan negara bakal terancam kerana maklumat yg disebarkan oleh pengguna Blackberry akan disimpan disebuah syarikat menyimpan data di Kanada, dan mereka tidak dapat memantau maklumat tersebut. Apa yang rahsia sgt pun tak tahu la....setakat hantar message "I love you " pun kire mengancam keselamatan negara ke...apedahhhhh!!
Kerajaan Malaysia....hmmm macam biasa akan sibuk jugak la....apalah yang interesting sangat Malaysia pun tak tau le...maklumat rahsia apa yang sgt rahsia tu..entah apa yang hendak ditakutkan pun aku tak tau...
Tetapi kalau dah takut rahsia kerajaan terbongkar...semua kakitangan kerajaan termasuk Para Menteri Kabinet, termasuk PM dikehendaki memakai Handphone model tahun 1990an...haaaaaa yang macam bawak briefcase tu...atau pun upgrade sikit Nokia 3210...klasik sungguh....
Setakat kami rakyat biasa message yang biasa kami hantar ialah message berupa.."Woi!! Boss dah balik ke!?" atau.."Jom, pekene teh tarik kat Mamak" ...dan paling common dalam message kami .."K.."..takkan la itu pun kira mengancam keselamatan negara...so adalah amat relevan jika peraturan ini diguna pakai, tetapi aku kengkadang rasa cam orang lam kerajaan ni cam jeles la...dieorang takleh pakai..tu yang nak banned je tu...

No comments:

Post a Comment