advertising

Monday, October 18, 2010

Melayu berperangai pelik

Dalam dunia melayu ni, ada ramai yg berperangai pelik, salah satu yg nak disentuh ini adalah mengenai perangai lupa diri, tak sedar diri, dan hasad dengki serta suka memburukkan org lain.  Walaupun perbuatan aku menulis ni pun leh dikatakan sama dengan perbuatan manusia melayu itu (ini utk org spesifik ye)..tetapi at least aku berani open...bukan macam manusia itu..menikam dari belakang, perbuatan pengecut.
Rentetan cerita : Bercerai dengan suami, pada masa tu die tak bekerja..pastu mengadu le masalah ngan manusia lain.  Yg manusia yang baik hati ni pulak rasa kesian, pastu tolonglah ape yg patut.  Dengan anak yg masih kecil (3 org semuanya) manusia yg bercerai suami ni macam hilang arah...so manusia yg baik hati pun dtg la membantu, beli susu...beli itu ini...tak harap balasan pun, anak yg kecil tu dianggap macam anak sendiri..diberi pelajaran, diberi panduan semoga jadi manusia berguna.
Maka tibalah satu hari, apabila manusia yg bercerai suami ini mendapat rezeki menjaga anak orang..kira macam pusat asuhan la, pastu plak dapat suami baru...so manusia yg baik hati dulu pun mendoakan kebahagian manusia yg bersuami baru ini....tetapi manusia baik hati ini masih lagi seperti biasa, mengasihi anak2 manusia yg baru bersuami ni seperti biasa.
Sehinggalah satu hari manusia baru bersuami ini, dengan tetiba telah memberi pelbagai alasan apabila manusia baik hati ingin membawa anak-anak manusia baru bersuami ini berjalan-jalan....sedangkan anak-anak ini begitu manja dengan manusia baik hati ini...tetapi manusia baru bersuami ni, menuduh pula manusia baik hati yg manusia baik hati nak ambil semua anak2 die...
Hasilnya terpisah le hubungan antara manusia baik hati dengan anak-anak saudara kesayangannya...apa boleh buat, dah memang dasar tak mengenang budi..berlagak macam bagus, satu hari nanti tuhan akan balas perbuatan orang macam ni..depan berlagak baik, di belakang macam setan, didepan orang ramai cakap macam ustazah...dibelakang sembahyang pun tak...ko pikiaq la sendiri

No comments:

Post a Comment