advertising
Sunday, December 5, 2010
PKR -Pakatan Keluar Ramai2?
Salam,
Semalam melihat berita di TV, wahhhhh..!! Dasat sungguh Si Najib ni mengata PKR, pakatan keluar ramai-ramai katanya, Parti anak beranak katanya....cakap ikut sedap mulut je, die rasanya dah lupa bahawa UMNO itu sendiri adalah pengasasnya, parti anak beranak...Bapak die dulu kan UMNO, even anak Tun Mahathir pun UMNO, Datok Hishamudin yakni sepupu die pun UMNO, and even Datok nenek dieorang pun UMNO, adakah ini menunjukkan UMNO adalah Parti keturunan, yakni saka yang diwarisi sejak 1940an lagi?
Kemelut politik ni sebenarnya adalah satu penyakit yang amat dasat, lebih dasat dari HIV, lebih dasat dari denggi, lebih dasat dari Virus JE....ini lah penyakit pembunuh masyarakat. Adik beradik boleh bergaduh, mak bapak leh bergaduh ngan anak2, kawan boleh bergaduh tak bercakap bertahun-tahun....
Tetapi oleh kerana mereka ini adalah orang politik berpengaruh dan memegang kuasa, mereka berhak berkata apa sahaja yang mereka suka...yang rakyat tertekan macam aku ni ...hmmmm harap blog je la !! Tu pun kalau tak kene banned ngan goverment, kalau kene banned inilah namanya demokrasi terpimpin...(terpimpin kepala hotak ko!!)
Berbalik kepada ucapan Najib semalam, dia tak sedarke yang kenyataannya sekarang akan mengundang rasa menyampah dikalangan pengundi atas pagar macam aku ni..aku confirm tak undi punye..sebabnye aku dah menyampah dengan semua parti Politik Malaysia ni...satu perbuatan sia-sia kalau aku pergi mengundi, tidak mengubah satu hapa pun...sebab aku tetap percaya, kalau takde parti politik kat Malaysia ni, masih ada Sultan yang boleh mentadbir, tak semestinya parti politik tertentu...lagipun parti-parti ni semua acuan dari Barat, hasil tinggalan nenek moyang British kita dahulu...
Memang la keahlian UMNO sampai berjuta-juta orang, MCA pun ramai, MIC lagi...tapi adakah anda semua sedar bahawa dikalangan ahli anda sekarang berapa ramai yang tua ganyut...dan berapa ramai yang muda belia...setahu aku ramai lagi golongan belia yang tak mendaftar pun...semua tak berminat, bukan tak berminat pasal apa, tp tak berminat pasal politik korang semua...tengoklah apa akan jadi PRU 13 nanti...
Ibarat melihat nyamuk jantan dan nyamuk betina beromen di atas udara la....lepas tu hilang disembur RIDSECT hahahahahahahah!!!
Pasal PKR ni pun satu, Anwar adalah anugerah tuhan la, Anwar pemimpin sejati la...susah la nak cakap pasal orang tua ni..nak kata kemaruk kuasa pun ye jugak, nak kata tak pun ye jugak, nak kata kemaruk B*****T pun ye jugak...nak kata fitnah pun ye jugak...die ni lebih kurang cam misteri la...
Akhir kata nasib baik le Mak mertua aku tak baca blog ni...kalau dia tau aku dok kutuk UMNO mau kene cili aku nanti hahahhahahaha penyokong UMNO tu jangan wat memain,,,...!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment