Pada suatu hari, seperti biasa, cik Zakaria menghidupkan enjin motonya. Die bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Pada hari itu, isterinya iaitu Cik Aryan terlambat sedikit kerana malam semalam menjahit baju.
"Yan!! Cepat sikit!!Aku nak boh minyak ni!!" kata cik Zakaria.
"Yelah!!Orang nak kunci pintu kejap" kata Cik Aryan
Maka memboncengla mereka dengan gaya manja sambil cik Zakaria berleter-leter akan kelambatan isterinya itu.
Setibanya die di stesen minyak shell dekat Jalan kuching...cik Aryan pun turun...sambil melihat2 keadaan persekitaran.
Manakala cik Zakaria tergesa2 ke kaunter untuk membuat bayaran minyaknya kerana mereka sudah terlambat hendak ke pejabat. Setelah siap memasukkan minyak...cik Zakaria pun dengan pantasnya menghidupkan enjin motonya....
"Yan!! Cepatla naik!!"
"yelah!!"...sambil mengangkang kakinya untuk membonceng dibelakang cik zakaria.
Tiba-tiba Cik Zakaria terus pergi meninggalkan cik Aryan dalam keadaan posisi mengangkang untuk membonceng...bayangkan...bayangkan
Setiba Cik Zakaria di perkarangan pejabat dia berkata..."APa la punya bini...turun terus je dari moto...tak salam pun!" Sambil merengus...
Manakala Cik Aryan pula terpaksa menelefon anak nya supaya datang mengambil beliau di stesen minyak tersebut sambil teruk menahan malu kerana gayanya sebentar tadi dapat dilihat oleh orang ramai di stesen minyak.....
*Moral of the story...Pak Lang aku ni pekak...Mak Lang aku menjerit bagai nak rak...panggil die...die tak dengar...so jgn korek tinger selalu sgt..nanti jadi pekak..hahahahahahahahhahaha
No comments:
Post a Comment