HANG TUAH adalah dipercayai dilahirkan di Kg Sungai Duyong Melaka. Tarikh lahir beliau tidak pula diketahui samada dibulan Mac ke..April ke..ape ke..semua kite tak tahu. Oleh itu kita pasti gagal dalam menentukan apakah bintang Hang tuah ini sama ada Capricorn ke..or maybe Scorpion.
Bagi mereka yang begitu taksub akan mengatakan bahawa Hang Tuah adalah orang yang nyata dan pernah hidup pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Kehadiran dan kewujudan beliau adalah seiring dengan zaman Bendahara Tun Perak yang telah berkhidmat untuk 5 Sultan Melaka. Malahan beliau bolehlah di ibarat seperti Dato Seri Tun Dr Mahathir yang berkhidmat selama 25 thn sebagai Perdana Menteri.
Persoalan mengenai Hang Tuah telah menyebabkan saya terfikir bahawa selama ini kita sebenarnya telah dibohong oleh penglipur lara pada zaman dahulu kala. Sebenarnya Hang Tuah itu tidak wujud, malahan Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang lekiu maupun Hang Kasturi sebenarnya adalah rekaan cerita semata-mata. Mereka ini adalah ibarat watak komik dalam zaman sekarang, seumpama seperti Superman dan Batman pada zaman sekarang.
Malahan dulu saya juga pernah bertegang urat dengan seseorang apabila saya mengatakan Hang Tuah ini tidak wujud malahan jika dia wujud sekalipun mungkin orangnya adalah biasa sahaja. Kerana sejarah telah menunjukkan bahawa tiada orang bernama Laksamana Hang Tuah didalam sejarah bertulis. Malahan kedatangan Hang Tuah ke Majapahit juga amat diragui kerana tidak terdapat perkara tersebut yang diceritakan oleh Kerajaan Majapahit itu sendiri.
Malahan rakan bertengkar saya juga mengatakan sejarah sebenar atau wujudnya Hang Tuah akan terungkai andai kata kita dapat mengambil kembali khazanah kesusateraan dan penulisan kita yang telah dibawa ke England pada zaman pemerintahan British. Akan tetapi sehingga sekarang tiada bukti sahih mengenai Hang Tuah, walaupun kerajaan British membenarkan kita pergi membuat Kajian mengenai sejarah Melayu di Arkib mereka.
Jadi kesimpulan yang dapat diambil ialah, Hang Tuah adalah cerita mitos atau rekaan yang amat hebat, dan pencerita atau penglipurlara atau tukang cerita tersebut sebenarnya adalah genius terbaik dalam kesusasteraan. Malahan mereka ini juga mungkin telah pergi ke England untuk menyampai cerita seperti cerita yang hampir sama yakni The 3 Musketeers yang menjadi idola di Perancis. Malahan jika dilihat, ceritanya hampir sama kecuali kurang sorang sahaja....
No comments:
Post a Comment