advertising

Tuesday, February 2, 2010

Fahrin Ahmad vs Linda Onn

Dunia hiburan tanahair baru digemparkan dengan isu saman menyaman antara Fahrin Ahmad dengan bekas teman tapi mesranya Linda Onn.  Fahrin telah mengadakan sidang media baru-baru ini untuk Linda Onn supaya memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 7 hari kerana komen beliau mengenai Fahrin Ahmad dalam satu kenyataan akhbar.  Sehingga sekarang sudah cukup tempoh 7 hari yang diberikan dan nampaknya Fahrin Ahmad akan meneruskan saman beliau terhadap Linda Onn kerana Linda Onn berkeras untuk berpegang kepada kebenaran.

Haaaa! Tudia..tudia!! Perang sudah bermula....tetapi dari sudut pandangan saya sebagai orang biasa, saya merasakan bahawa sebenarnya ini adalah tindakan terdesak Linda Onn dalam mempopularkan dirinya selepas menjadi suam kuku ketika berpindah stesen radio.  Kerana tidak popularlah dia dikeluarkan dari ERA dan dimasukkan ke Sinar FM yang mana lebih oldies dan retro. 

Malahan langkah ini..yaitu pertikaian antara beliau dan Fahrin sebenarnya adalah helah yang sengaja dibuat semata2 untuk menaikkan dirinya yang memang sudah tenggelam.  Ini adalah kerana die baru sahaja menyertai team Radio Swasta yang baru dan imej baru bersama DJ yang baru bangkit dari lamunan yaitu Halim Othman.
Satu taktik yang berjaya dan mengena apabila Fahrin Ahmad terperangkap dengan umpan yang dipasang oleh Linda Onn...tetapi ini hanyalah andaian semata2.  Yang si Fahrin ni pulak gatal pi menangis tu kenapa!! Wat Maliau je (buat malu je)!!!! Lu buat malu budak Intekma Lions la camni..badan besar..jiwa kecik!!! Tetapi apehalpun die pun manusia gak kan!! Mesti ada kelemahannya!! Sepatutnya Fahrin patut terus mendiamkan diri..kerana Linda Onn ni orang yang boleh dikatakan terdesak.
Saya bukannya anti Linda Onn..tetapi seingat saya semasa bertugas ngan ERA beliau pernah berkata dengan bangga bahawa die lahir di Singapura..dan berbangga dengannya..kerana seorang pemanggil tu ingat Linda orang Johor...bermula pada situ saya berasakan Linda Onn tidak layak menjadi DJ Radio di Malaysia..kerana secara terang2an dia lebih kepada Singapura..sikit2 gerek...sikit2 gerek...naik gerek tokwan aku la...(gerek loghat utara adalah basikal)...
Rasanya sudah2 le tu wahai Linda n Fahrin..due2 same je akhlaknye...ade kelemahan..sorang tu muke lawa jalan kengkang..sorang tu badan besar..ketul2..air mata macam sprinkler...so berdamai lah ye...
Eh korang dua jangan saman aku lak..aku takde duit tau..!!

No comments:

Post a Comment