advertising

Monday, April 19, 2010

Nasihat

Nak jadi artis tetapi takde ilmu susah nak maju...bukan setakat bidang artis martis ni je..malahan semua bidang dalam dunia kena ada ilmu.  At least kena membaca untuk menambahkan pengetahuan.  Kalau malas membaca. kita ibarat orang dungu..
Nak jadi pelawak kena banyak membaca, dari bacaan kita dapat tahu bahawa semua benda boleh dijadikan bahan gurauan, kalau kena dengan situasi,..tetapi ada orang yang takde talent, tapi minat sebab orang disekeliling yang suka memberi nasihat yang salah seperti..
"Ko suare bagus..pegilah ujibakat Akademi Fantasia ke Mentor ke..gerenti boleh dapat!"
Ayat-ayat sebegini kekadang ada dua makna..samada memang awak bagus..atau semata-mata nak menjaga hati.  Bila si makhluk Allah ni pegi audition dengan semangat berkobar2 ..ada yang sanggup ponteng kerja untuk audition..alih-alih tak dapat...!! Sebab tu kalau tengok lam tv sedutan mereka yang gagal ni..ada yang kelakar..tak pueh hati...dan menangis meraung-raung!!
Aku terpanggil tuk bagi komen pasal benda ini adalah kerana tertengok rancangan Mentor di TV3, yang menunjukkan beberapa perangai buruk orang melayu.  Majoriti yang masuk rancangan realiti ni kebanyakkannya orang Melayu..yang kena reject pun ramai orang melayu..(habis dah ramai melayu yang masuk)
Dan ada juga dikalangan yang aku kenali, mengejar glamour, dan sanggup menongkah arus, sebab dipojokkan bahawa dia ada bakat.  Akibat percaya dengan orang sekeliling yang memuji, rasional telah hilang, sanggup menolak kerja berpendapatan tetap, semata-mata mengejar suatu benda yang belum pasti dapat, belum pasti dapat duit...kalau takde duit..nak makan apa..
Kekadang kita perlu berpijak di bumi realiti, kerana apa yang ada di alam hiburan itu adalah ibarat alam bunian, sekali masuk susah nak keluar,,,dah masuk kalau nak keluar dah terlambat...kalau salah masuk...leh jadi gila....kerana..sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin. Yang ada kat dunia hiburan tu ramai jin-jin afrit tu....

Renung-renungkan...glamer saja xde duit tak guna..glamer leh buat makan ke...Kalau nak masuk juga alam hiburan..lengkapkan dulu ilmu didada...bakat dengan keberanian sahaja tidak cukup....kalau boleh bertahan susah dan tanpa menyusahkan orang lain selama 10 tahun....dipersilakan ...KERANA ANDA ORANG YANG BERANI...tetapi kalau sanggup susah..tetapi menyusahkan orang lain....baik balik kampung bagi makan ayam lagi bagus..!!

No comments:

Post a Comment