BN menang lagi dalam percaturan pertandingan pilihanraya di Hulu Selangor. Tahniah...akan tetapi ada banyak perasaan tak puas hati dari mereka yang kalah. PKR menyatakan bahawa BN telah membeli undi di Hulu Selangor dengan menyatakan projek yang akan dilaksanakan disana. Sebab itu katanya, BN menang.
Tetapi setahu aku semua ahli politikus ni mengamalkan perkara yang sama sejak 50 tahun dulu. PAS pun guna cara yang sama, dengan memberi janji akan melaksana penghapusan cukai....PKR pun ada jugak nak turun harga itu dan ini, pengecualian dari cukai, BN pun sama jugak...perlaksanaan Projek meningkatkan taraf hidup rakyat dan taraf kewangan wakil rakyat...Jadi senanglah disimpulkan bahawa..anda semua adalah Ular yang mematuk dan berbisa...bisanya sama..kesan bisanya saja yang bergantung kepada taraf kekuatan anda. Jadi janganlah nak komplen bebanyak ye..wahai mereka yang kalah...yang menang pun teruskan jelah agenda anda..yang penting..TAK SUSAH KAN KAMI CUKUPLAH!!
No comments:
Post a Comment