Hari ini baca Paper mengenai insiden terbaru melibatkan PDRM, yang dikatakan telah menembak mati seorang remaja berumur 15 thn di Shah Alam. Insiden itu adalah mendapat perhatian ramai kerana remaja tersebut telah meninggal dunia, dan pihak keluarga mangsa memohon supaya siasatan diadakan. Adalah dipercayai pihak polis mengesyaki remaja tersebut terlibat dalam rompakan. Dan juga adalah dipercayai mangsa melarikan diri dengan memecut kenderaan yang dipandu sebelum berhenti atau terbabas di jalan. Rakan mangsa melarikan diri dan mangsa dipercayai telah mengundurkan kereta dan menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan yang telah mengenai mangsa.
Ini bukan nak buat provokasi keatas situasi tersebut sekadar berkongsi pendapat...
A. Ape sebab remaja itu melarikan diri semasa nampak polis
B. Kenapa dia harus ditembak
C. Kenapa remaja tersebut memandu kereta
D. Kenapa Polis bertindak
Untuk mengetahui jawapan tersebut, kita mungkin tersilap dalam membuat andaian, kerana situasi semasa kejadian hanya Polis yang terlibat dan remaja yang meninggal itu sahaja yang tahu. Polis masih lagi menjalankan siasatan mengenai kejadian. Tetapi adakah mungkin Polis yang terlibat sebenarnya panik dan mungkin mangsa juga panik menyebabkan situasi tersebut telah menjadi isu sensasi sekarang. Jadi salah siapa?
Dalam perkara dan situasi begini nampaknya yang bersalah ialah PANIK!! Sebab kalau tak kerana Polis tu panik dengan tindakan mangsa yang mungkin Panik...situasi panik tersebut takkan terjadi..dan mangsa tak mungkin akan ditembak jika polis tersebut tidak panik...Polis tak salah..remaja tersebut tak salah..yang salah ialah PANIK.
(Ayat-ayat diatas adalah komen yang paling selamat aku dapat pikirkan...komen lebih2 kang nanti kena tangkap plak..kang tak pasal-pasal aku pun PANIK!!)
No comments:
Post a Comment