advertising

Wednesday, May 26, 2010

Lombok...buang bayi..badminton...alam sekitar di Cameron Highland

Saya sedang menyaksikan Buletin Utama di TV3 mengenai masalah Pemuda LOmbok yang suka atau gadis Malaysia yang gemar mengikuti pemuda Lombok dan berkawin dengan pemuda Lombok.  Awek yang pemuda Lombok ni bawak lari boleh dikatakan menarik, tertarik dan the bomb...tetapi pemuda Lombok tu pulak mempunyai rupa paras yang ,.....hmmmmmmmm macam orang kene bomb?!
Apakah istimewanya lelaki dari Lombok..."panjang" kah mereka..?  "Besarkah" mereka....itu kita kene gi interview mereka yang pernah pergi sane la berkawin.  Tetapi mungkin ade unsur ilmu hitam disitu..kerana muke tak hensyem...duit takde...kerja pun tak best..tp dapat awek cun...mungkinkah penggunaan minyak cenuai di sini..
Kalau ikut normal situasi di Malaysia, jikalau lelaki Malaysia tidak hensem, at least kene ade duit banyak..., atau kalau takde duit banyak, tp hensem pun leh lagi, dan kebanyakan awek Malaysia high Taste dan mereka lebih gemar kepada lelaki berduit dan hensem skit2!!  Tetapi pemuda Lombok berjaya pulak tu bawak balik tempat diaorang..handal sungguh..!!!
Buang bayi pula...ramai sungguh baby kene buang, buang kat masjid, kat longkang dan kat macam2 tempat.  Ini adalah masalah sosial lama yang kembali berulang...nak komen susah, sebab kebanyakan mereka yang terlibat ni mungkin adalah mereka yang tidak sengaja mengandung, dan berasal dari keluarga yang baik...kekadang akal buntu bila ada masalah..tu yang amik jalan pintas tu..cuma kekadang tersilap langkah atau mereka dah hampir sewel dengan penangan beranak sendiri...terer sungguh!! Beranak sendiri tu...sendiri teran, sendiri potong, sendiri cuci...sendiri cari pasal...
Badminton..kegagalan badminton Malaysia masuk ke final Piala Thomas telah mendedahkan sesuatu yang cukup gila ...pemain berkata kekalahan mereka disebabkan tekanan dari media....hahahhahahahahahahahah!!  Ni Presiden BAM Datuk Nadzmi Salleh yang cakap....dia juga berkata dia sasarkan ke akhir ..kerana yakin pasukan dah memang bersedia...tetapi dia kata rupanya mereka tidak bersedia...ini adalah kata-kata seorang Presiden yang hari itu berkata Ganga Rao tidak dipecat...kemudian dekat 3 minggu kejohanan Piala Thomas nak start..dia memecat Ganga RAO serta merta..amenda le tu yek...sindrom orang gagal buat keputusan yang baik selepas pembedahan ke atau orang yang tetiba leh jadi hilang punca bila kena bedah ari tu..
Alam sekitar di Cameron Highland,  Lagi sekali ditarah..penerokaan balak yang amat besar...Yang menghairankan kawasan tersebut adalah kawasan Hutan Simpan dan mempunyai nilai balak yang tinggi.  Dimanakah mereka yang bertanggungjawab, Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar dan mereka dari Kerajaan Pahang dan Perak yang berkongsi sempadan ini.   Persoalannya, macamamana balak yang begitu besar boleh pegawai penguatkuasa tak nampak..ke balak ni dah dilipat-lipat dan dimasukkan kedalam kocek...Patutla Cameron Highland dah tak sejuk lagi....nampak gaya hilanglah destinasi perlancongan yang bagus dan klasik pabila negara diperintah oleh Ahli Politik talam dua muka...dan pegawai kerajaan yang kut mulut pun dia makan, kut buntut pun dia sedut...aduiyaiiiiii

No comments:

Post a Comment