Baru-baru ini Datuk Idris Jala, mendedahkan bahawa Malaysia akan bankrap jika tidak mengurangkan subsidi keatas barangan yang dikenakan subsidi. Malahan beliau juga menyatakan kita merupa negara subsidi yang paling tinggi jika dibandingkan dengan Peranchis, Indonesia, India dan ntah negara apa lagi yang beliau sebut.
Penghapusan subsidi ini adalah secara berperingkat...tetapi yang paling tension tu ialah petrol naik harga tu nanti..lepas tu tepung, dan barang keperluan lain.
Percaya atau tidak kenyataan beliau dan pembentangan beliau bakal mengwujudkan chain reaction. Aku bersetuju kalau nak hapuskan subsidi...tak kisah pun tapi mesti bersyarat...pendapatan perkapita rakyat dinaikkan kepada 40,000 setahun atau 36000 setahun, lepas tu ko nak naik ke...nak tarik ke..nak buang subsidi terus pun takpe.
Dan lagi satu aku minta sesangat kurangkan gaji ahli dewan rakyat, dewan negara...hapuskan jawatan yang tak penting, Yang berhormat ramai-ramai pun bukannye buat kerja sangat pun....yang banyak bunyik dah kawin ngan artis....muda lak tu...dulu rambut beruban sekarang dah hitam.!!!
Kalau kurang elaun keraian yang dinikmati oleh menteri, seperti minyak kereta, mengadakan majlis yang bukan2, escort polis, dan elaun rumah, pasti akan lebih bagus. Kerana kita harus mula dari atas dulu kalau nak merubah sesuatu. Pernahkah menteri-menteri ini pergi meeting naik LRT ke..Bas transnational ke....keretapi ke..teksi ke...ade! ade!? Kalau ade pun....tuk glamer je..!! Itulah last dan terakhir!!!
Dia naik bas Transnasional pun dah cukup...akan terasa nikmatnya.
Kekadang mereka-mereka ini mahu menjimatkan kos dengan mengerat orang atau rakyat, mereka berbelanja mewah takpe...rakyat tak boleh...mereka makan free dan sedap2 bila ada keraian, yang kita makan lauk ntah ape2....Orang yang senang takkan fikir pasal orang susah...orang susah selalu fikir orang senang....
Bukankah dalam Islam menggalak yang kaya menolong yang miskin, berapa ramai menteri Islam ni yang dah kaya tetapi miskin menderma...itupun kalau TV3 pergi buat pendedahan..barulah terkedek2...buat sesuatu benda mesti nak kena suruh...
Rakyat di dahulukan..pencapaian diutamakan..sepatutnya kene tukar...rakyat diketepikan...orang kaya kita kayakan..sebab lepas ni menteri pun ada untung...
Kita ada hasil bumi yang begitu banyak..tetapi kita bagi kat orang percuma...penyeludupan kayu balak dihutan simpan...mana mungkin kayu balak yang begitu besar boleh orang kerajaan cakap tak tahu...butakkah mereka..pekakkah menteri...ingat suruh para menteri semua jangan dok opis la...dok kat tepi jalan je..
Air kita jual pada Singapura tu..rasanya dah cukup banyak dah..yang kita bagi subsidi harga air pada Singapura kenapa...!!! Ada deal lain kat belakang ke...?
Kenapa perumahan Malaysia, rakyat Singapura boleh beli...tu bukan pelaburan..tu penjajahan...aku bercakap banyak pun tak guna..bukan orang baca pun...marah pun setakat lepas geram kat sini je...
Korang nak naik, naik le.......!! aku dah malaih le,,,,,aku nak duduk tempat lain le...orang kata.."Hujan Emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri..lebih negara sendiri"...tetapi aku rasa dengan situasi sekarang lebih baik aku dok negara orang..dari melihat orang berpengaruh mengambil hasil rezeki dari hujan batu untuk kegunaan mereka sendiri...korang ingat batu takde nilai ke...habis buat umah pakai ape..buat jalan pakai ape...tak pakai Batu? Gilalah nak buat jalan kai EMAS....!!
No comments:
Post a Comment