Malaysia ni kalau bab saranan antarabangsa dialah no satu...antara yang pertama buat..kirenye pentadbir negara cuba menunjukkan bahawa mereka prihatin dan menyokong gagasa antarabangsa. Orang yang bukan pentadbir dan hanya bertindak pembangkang pulak jangan perasan ye..kalau korang dok tempat pentadbir sekarang ni pun sama, takde perubahan pun...kalau dah nama politician tu..cakap 10 patah 20 patah tak leh percaya.
Ni apehal rokok dunhill 14 ni leh takde ni? Yang tinggal Dunhill 20 je!!? Baik diharamkan terus rokok ni...jangan jual langsung kan senang, daripada dok tgk je....tapi dah tak leh beli. Orang yang tak merokok akan cakap berhenti je lah rokok, orang yang tak menghisap pandai la cakap...aku hisap rokok pun bermula dengan satu batang sebelum meningkat ke 20 btg sehari...ingat senang ke nak berenti secara tetiba...!! Bila nak berenti kene reducekan dulu intake, bila dah nak reduce, rokok bersaiz sederhana dah takde....ha....!! Ha...!! Nak beli rokok batang kene cari pasaran gelap le nampak gayenye....
Tetapi oleh kerana kebencian yang menebal kepada niat kerajaan yang bertugas ni, nampak sangat bertujuan mengaut keuntungan dengan hasil jualan rokok (cukai), maka perasaan berhenti tu datang dengan tetiba...aku ni benci rokok ke benci kerajaan memerintah ni....ke aku benci ngan politician yang memerintah....aku pun kurang pasti..tetapi yang pasti disebabkan aku benci sesuatu terus takde hisapan kerokokan lagi.
But maybe aku bengang dengan kenyataan Malaysia bakal bankrap kerana subsidi, kenaikan harga petrol, kenaikan harga barangan yang bakal terjadi setelah Idris Jala yang bakal membentangkan cadangan beliau kepada Menteri2 semua tu...aku pun heran..cukai rokok je dah menyumbang kewangan yang tinggi kepada kerajaan, mana peginya duit cukai tersebut, nak salahkan penyeludupan ke, setahu aku perokok adalah mereka yang tahu nilai brand loyalty, kalau dah loyal ngan satu brand takkan bertukar brand keretek punye...yang selalu diseludup masuk adalah keretek brand, bukan yang gaya mutu keunggulan punye....itu branded tu ..even 80% Malaysian hisap benda yang sama.!!
Takkan dari hasil cukai kami yang hisap rokok tak mampu bayar hutang Malaysia.!!! Ke cukai yang diperolehi digunakan untuk membuat projek yang bukan-bukan, ke majlis pelancaran grand ceremony tourism malaysia ke...ke majlis propaganda murahan duit itu digunakan...
Komplen je aku ni, tetapi percayalah aku adalah rakyat Malaysia sejati...kita orang komplen memang kuat, nanti lama-lame kita orang senyap la...saja bikin kecoh je, ngomel sikit2, pastu hal ni akan dilupakan, walaupun kami mempunyai alasan yang kukuh untuk menentang sesatu cadangan, tetapi yang pasti..penghapusan subsidi dengan membentangkan isu perbandingan malaysia merupakan negera paling bersubsidi di dunia berbanding negara lain adalkah alasan yang paling menyampah aku dengar.....semenjak kebelakangan ini paling kerap digunakan oleh ahli politik kita...
Inilah akibat apabila kita dipengaruhi oleh mereka yang hanya mementingkan kepentingan kendiri sahaja....akhir kata..who cares...manusia di Malaysia hanya membaca berita artis, gossip di blog berbanding pendapat macam aku ni....so this is just a theraphy session for me..good for my health..and my blood circulation in the near future...
No comments:
Post a Comment