advertising

Saturday, May 15, 2010

THOMAS CUP- Malaysia Kalah

Hahahaha...rasa nya semua orang sudah tahu bahawa pasukan badminton Malaysia telah kalah malam semalam pada tarikh 14 Mei 2010...Chong Wei kene titik 21-17 dan 21-8, kalah kepada pemain yang memilih tournament dan sering mengelak kerana tak malukan Chong Wei iaitu Super Dan..atau Lin Dan..
Chong Wei akan dirate sebagai NO 2 walaupun secara kiraan mata sekarang beliau adalah no 1, tp kalau dikira dari segi permainan Super Dan adalah yang terbaik dan tiada tandingannya.  Seperti biasa China berjaya melahirkan pemain yang hebat Seperti Zhao Jian Hua, Yang-Yang dan lain-lain...Malaysia?  Berjaya melahirkan hanya satu pemain yang kire ok...dan 100 pemain tak ok langsung...
Dari awal dah agak dah Malaysia takleh menang..dengan Jepun pun boleh kalah...camana nak menang Piala Thomas.  Persediaan pun ala kadar..tup-tup Malaysia jadi Tuan RUmah, aku pun tak tahu..tetiba je..seperti mana pemecatan setiausaha agung nya Ganga Rao yang juga secara mengejut...
Rasanya kita patut menghenti aktiviti persatuan-persatuan ni dalam era profesionalism..cube renungkan negara luar...persatuan tidak mengurus pemain profesional, sebaliknya pemain professional mengurus diri mereka sendiri...
Kalau dilihat...sukan yang diuruskan oleh persatuan, seperti Bolasepak, Olahraga, Sepak Takraw, Badminton semua gagal untuk berkembang.  Tidak akan berjaya menjadi sebuah industri....yang menguntungkan semua pihak.  Kalau persatuan selalunya hanya menguntung sesetengah pihak.....dia kaut semua untung, gaji bayar lambat, elaun bayar lambat...semua lambat tp keputusan nak cepat....
Kalau dinegara luar persatuan ada tetapi hanya disekolah, dan persatuan yang ada hanyalah untuk tujuan pengurusan menganjur kejohanan, tetapi di Malaysia semua persatuan mengharapkan sumbangan untuk menguruskan pemain dan sebagainya. 
Kalau pengurusan sukan di Malaysia tidak bertukar dari persatuan kepada Syarikat atau kelab...sampai bila-bila kita tidak akan berjaya....

No comments:

Post a Comment