Hikayat adalah cerita-cerita yang disampaikan melalui penulisan ataupun secara lisan, dan tidak mempunyai bukti sahih. Ibarat Kisah Hang Tuah yang diceritakan oleh penglipur lara melayu dahulu kala. Sehingga sekarang pertikaian mengenai kewujudan Hang Tuah masih ada, kerana kewujudannya adalah diragui, samada dari segi personaliti mahupun wujudnya sendiri. Tetapi hikayat akan terus kekal hikayat, dan tidak akan diambil kira dari sudut sejarah melainkan nilai sejarah kesusasteraan Melayu sahaja.
Mengenai kegilaan ramai mengenai Trilogi Hijab sang Pencinta, penulis telah berjaya mengwujudkan satu karakter yang diolah kemas dan penceritaan yang sesuai dengan zaman sekarang..satu usaha terpuji untuk memartabatkan kesusasteraan melayu, cara beliau menggabung pelbagai hikayat melayu, dan menjadikan sebagai satu adalah satu usaha murni....akan tetapi..ada tetapinya disini...apabila pembacanya mula mempercayai bahawa akan kewujudan watak tersebut dalam lipatan sejarah melayu maka disitu secara tidak langsung ia telah atau bakal menjadi masalah kepada Sejarah Tanah Melayu itu sendiri.
Sejarah Melayu harus berlandaskan bukti dan fakta sahih, mahukah kita mengangkat jati diri kita sebagai melayu dengan mengambil fakta dari buku novel dan menidakkan langkah sejarawan tempatan yang mengumpul pelbagai artifak untuk renungan bangsa melayu dan bangsa lain di dunia.
Penulis novel ini tidak bersalah...sebaliknya inilah terjadi apabila kita sebagai pembaca tidak cukup ilmu didada dan terus mempercayai kewujudan karakter ciptaan tersebut, ibarat kita mempercayai bahawa Superman akan datang dan menjadi pemimpin dunia, sedangkan ia adalah karakter fiksional. Ibarat Kita mempercayai bahawa akan ada kiamat pada 2012 sedangkan ianya adalah filem rekaan semata-mata.
Kekadang kita perlu tahu membezakan fiction dan fakta serta sejarah. Sesuatu yang fiction tidak akan menjadi sejarah...tetapi yang sejarah boleh menjadi fiction...fakta juga boleh menjadi fiction..akan tetapi fiction tidak boleh menjadi sejarah..fiction tidak boleh menjadi fakta...
Tepuk kepala kita nanti bila anak-anak kita mengatakan bahawa Bapak Kemerdekaan kita adalah Clark Kent...maka jadilah mereka yang tahu membezakan sesuatu yang benar..dan sesuatu yang salah...
No comments:
Post a Comment