advertising

Tuesday, September 27, 2011

Bank oooo Bank

Hari ni menerima panggilan dari sebuah bank tempatan, berkenaan PAyment credit card, diminta untuk menjelaskan bayaran sebanyak rm 340 sebelum 30hb September ini.  Setelah menjelaskan bahawa gaji hanya diterima pada 7hb setiap bulan, beliau masih insist tuk saya membayar pada tarikh tersebut.

Tidak cukup dengan itu , beliau juga turut mengirim sms sebanyak 3 kali dari jam 8 mlm hingga 11 mlm.  Kali ini sms tersebut berkata akan mengambil tindakan guaman dan menyenarai hitam nama saya.  Effisyen la mamat ni..bersungguh2 tuk saya membayar dah memperingati saya.  Tapi saya juga bersungguh menyatakan hanya akan membayar pada 7hb, sebelum dari itu saya nak bayar ngan apa...bulu2 kat badan kalau selai harga singgit, dah lama dah saya mencabutnya..tapi apa kan daya bulu yg tumbuh hanya bulu biasa bukannya emas, atau berlian mahupun minyak kelapa sawit.

Kengkadang saya merasa hairan dengan tindakan pihak bank yg mengenakan caj yang bukan, caj tuk lewat sekarang dengarnya rm 20 hinggit sehari..ntah betul entah tidak..saya kurang pasti kerana amat tidak ambil tahu pasal perbankan ni.  Tetapi pihak bank, semua pihak bank haru s tahu kerana tidak semua majikan membayar gaji pekerja pada setiap 1 hb, ada yang 7 hb...malahan pernah saya menerima gaji pada 15 haribulan.  Dari sudut ini pihak bank harus bersikap toleransi...bukannya dah macam ah Long dah..cuma bezanya ah long mendera fizikal dan mental, bank hanya mendera mental dan ugut mengugut.
Kalau ikut hai nak jugak marah tapi pekerja bank hanya bertindak mengikut arahan dari pihak atasan, yg kebanyakkanya tidak pedulu asalkan duit masuk.

Tentang soal nak saman tu..saman je la..dah pasrah..sikit2 nak saman, nak issuekan kepada peguam, kalau dimasukkan kepenjara sekali pun kalau gaji dah 7hb, takkan sempat nak bayar 30hb...ape la bangang sangat manusia yg bekerja ngan bank ni...bukan semuanya bangang,,,sikit je bangangnye..campur ngan saya bertambah bangang le..
gambar ini takde kene mengene pun

Tetapi kalau tak bayar pun salah jugak...tapi yg paling bagus bank kat malaysia ni ialah Bank Rakyat..memang ada tolak ansur..bank lain setakat ni takd ela pulak..hatta Bank Islam sekalipun...sebab bank Islam nama je Islam...cara dan sistem tak islam jugak pun.

Apehal pun kalau anda mengalami perkara yg sama, terjerat dengan janji manis bank tatkala merayu kita mengambil insurance atau pinjaman mahupun offer kredit kad,,,sila fikir sampai botak kerana,...mereka ini hanya janji manis dibibir...lama2 tunjuk le perangai sebenar dieorang tu..sekian..