Baru2 ini kerajaan dan kementerian berkaitan telah mencadangkan agar umur persaraan bagi pekerja disektor swasta dinaikkan kepada umur 60 tahun berbanding umur 55 tahun sebelum ini. Cadangan ini belum dibentangkan dan masih dalam peringkat perbincangan dan bakal diketahui bila time pembentangan budget 2012 nanti.
Pelbagai komen telah diterima baik negatif mau pun positif, tetapi apa pun ia masih diperingkat cadangan. Kesannya ada pro dan contranya kerana ini jugak bakal memberi kesan kepada golongan belia yang masih menganggur dikala ini. Ini adalah kerana jawatan yang ada adalah sedikit, ditambah pula dengan had persaraan yang lama, golongan belia berijazah yang masih mentah pengalaman akan sukar mendapat pekerjaan. Apa pun sesuatu boleh dilakukan dengan meletakkan lepasan universiti untuk menjadi pembantu untuk sesatu jawatan yang masih dipegang oleh golongan veteran( andai kata had persaraan dinaikkan). Ataupun golongan veteran yang berumur 55 tahun harus mengambil ujian prestasi atau kebolehan dalam pekerjaan untuk mengukur samada mampu terus bekerja dalam bidangnya atau tidak. Andainya Pekerja veteran ini sudah tidak mampu..makanya harus diberikan pilihan untuk bekerja pada kadar masa yang minima atau melepaskan jawatan kepada golongan muda.
Memang tidak dinafikan golongan pesara yang berumur 55 tahun amat sukar dalam menghadapi kehidupan setelah bersara kerana kekangan ekonomi semasa, tetapi peluang pekerjaan lain harus diberikan dan diwujudkan. Andai kata golongan pesara swasta ini diserapkan dalam sektor kerajaan seperti sektor perkhidmatan yang lemah, maka ini akan secara tidak langsung memberi kebaikan pada sektor perkhidmatan.
Apa pun pihak kerajaan dan kementerian berkenaan ada hak dalam menentukan kerana mereka lebih bijak pandai dalam urusan pentadbiran negara. Jangan pula nanti bila dah terjadi masalah, mereka ini melepaskan diri dengan berkata .."kami mengikut ISO..dan mengikut arahan pihak atasan" ..sekian.