advertising

Tuesday, October 25, 2011

FAM cekik darah...Peniaga also Cekik darah

Final Piala Malaysia bakal berlangsung pada Sabtu 29hb October 2011 ini di Stadium Shah Alam Selangor. Apa pun arena bolasepak tempatan dikejutkan dengan tindakan FAM sebagai penganjur yang menaikkan harga tiket utk semua tempat duduk kepada RM 50 berbanding RM 30 utk tempat duduk biasa, dan RM 50 utk tempat duduk Grand Stand. Selain dari itu terdengar pula pengusaha bas dari Trenggganu yg menaikkan kadar tambang sekali ganda kepada penyokong pasukan Terengganu yang berhasrat menyewa bas untuk ke Stadium Shah Alam demi menyokong pasukan mereka.  Apapun kepada penyokong tegar mereka tetap ingin menyokong dan hadir ke stadium pada hari tersebut walaupun harga sekeliling sudah mencecah kadar lintah darat!!
Manakala Kerajaan Terengganu telah sudi untuk memberi subsidi kepada rakyat negeri dengan subsidi 50% utk setiap tiket.  Satu langkah yang bijak tetapi apakah rasionalnya memberi subsidi sebanyak itu kepada satu perlawanan sedangkan subsidi tersebut dapat digunakan oleh anak yatim dan golongan miskin yang memerlukan di Terengganu itu sendiri.  Makan dalam bijak itu pun ada jugak bangangnya. Biasalah orang sekolah tinggi sampai Gunung Everest pun adakalanya bangangnya jugak mencecah kepada paras ketinggian Gunung Everest itu sendiri.!!
Manakala FAM dengan selamba pulak mempertahankan kenaikan harga tiket tersebut, dan adalah diketahui umum bahawa kedua pengurusan pasukan yang bertanding pun turut setuju dengan kadar kenaikan tersebut.  Antara alasan yang diberikan hasil jualan tiket tersebut adalah untuk kos menyelanggara serta keuntungan akan dibahagikan samarata antara kedua pasukan tersebut.  Malah alasan paling tak masuk akal sekali ialah siakap penontotn yang membeli tiket biasa tapi akan berganjak ke tempat grandstand bila perlawanan berlangsung.
Kesemua perkara diatas menunjukkan bahawa keadaan persekitaran yang menekan dan faktor keuntungan segera mendorong semua mereka yang berniaga utk mengaut keuntungan.  Inilah masanya bagi mereka untuk mengaut keuntungan berpuluh kali ganda disaat org tengah kemaruk.  Mungkin juga sedikit unsur politik kerana pilihanraya kan dah hampir.
Yang menjadi kerisauannya ialah sikap sebegini tidak mendatang keuntungan kepada LIga Malaysia sendiri dari sudut jangka panjang kerana ia akan mematikan minat peminat untuk hadir kestadium dimasa akan datang kerana adalah wajar menyimpan wang RM 50 tersebut untuk perbelanjaan isi rumah mereka berbanding membelanjakan jumlah tersebut kepada perbelanjaan isi rumah FAM yang nyata telah gagal dalam penganjuran mereka.  FAM sendiri nampaknya lebih memnting wang dari segalanya...apa pun usaha memboikot jugak tidak akan berhasil kerana semua maklum, rakyat MAlaysia komen dan mengeluh sahaja..tetapi pergi tetap pergi...BIASALAH...MAlaYSIANNNNNG